Wakaf Pahang Muamalat

Carta Organisasi Wakaf Pahang Muamalat

Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JPB) Wakaf Pahang Muamalat

  • Dipengerusikan oleh Ybrs. Dr. Hj. Asmadi Bin Abdul Rahman.
  • Dianggotai oleh 4 orang wakil masing-masing 3 daripada Majlis Agama Islam Negeri Pahang (MUIP) dan 3 daripada Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB).
  • JPB ini akan dipantau oleh Majlis Agama Islam Negeri Pahang Darul Aman (MUIP).
  • Antara bidangkuasa JPB adalah menentukan penyaluran dana wakaf kepada projek wakaf yang telah dipersetujui, membantu golongan yang memerlukan bagi tujuan pendidikan dan kesihatan, melaburkan semula manfaat wakaf yang telah diterima dan sebagainya.
Setiausaha

Setiausaha

Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bersama adalah dilantik daripada Setiausaha Korporat BMMB

Antara tugas dan tanggungjawab Setiausaha JPB:

  • Bertanggungjawab menyelaras setiap mesyuarat yang diadakan dari masa ke semasa
  • Menyelaras penyediaan maklumat dan dokumentasi berkaitan perkhidmatan Wakaf Selangor Muamalat untuk setiap mesyuarat
  • Menyediakan minit mesyuarat pada setiap mesyuarat yang telah dijalankan
Urusetia Bersama

Urusetia Bersama

Urusetia bagi Jawatankuasa ini adalah mewakili kedua-dua pihak iaitu BMMB dan PWP

Secara umumnya, Urusetia bertanggungjawab untuk:

  • Mengumpul kertas-kertas cadangan yang dikemukakan oleh pihak yang berkenanaan;
  • Mengedarkan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa kepada pihak yang berkepentingan;
  • Sebagai pemudahcara di antara Ahli Jawatankusa dan pihak-pihak yang berkenaan;
  • Untuk memantau dan memastikan perlaksanaan semua keputusan-keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bersama;
  • Membuat laporan-laporan berkaitan dengan pengurusan dana Wakaf Selangor Muamalat kepada Ahli Jawatankuasa dan lain-lain pihak yang diminta oleh Ahli Jawatankuasa secara berkala atau secara ‘ad hoc’

Laporan

Nota: Laporan akan dikemaskini dari semasa ke semasa