Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JPB) Wakaf Negeri Sembilan Muamalat
Dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Dr Sheikh Abd Kadir Sheikh Abd Aziz.
Dianggotai oleh 6 orang wakil masing-masing 3 daripada Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan (PWNS) dan 3 daripada Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB).
JPB ini akan dipantau oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).
Antara bidangkuasa JPB adalah menentukan penyaluran dana wakaf kepada projek wakaf yang telah dipersetujui, membantu golongan yang memerlukan bagi tujuan pendidikan dan kesihatan, melaburkan semula manfaat wakaf yang telah diterima dan sebagainya.
Setiausaha
Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bersama adalah dilantik daripada Setiausaha Korporat BMMB
Antara tugas dan tanggungjawab Setiausaha JPB:
Bertanggungjawab menyelaras setiap mesyuarat yang diadakan dari masa ke semasa
Menyelaras penyediaan maklumat dan dokumentasi berkaitan perkhidmatan Wakaf Selangor Muamalat untuk setiap mesyuarat
Menyediakan minit mesyuarat pada setiap mesyuarat yang telah dijalankan
Urusetia Bersama
Urusetia bagi Jawatankuasa ini adalah mewakili kedua-dua pihak iaitu BMMB dan PWNS
Secara umumnya, Urusetia bertanggungjawab untuk:
Mengumpul kertas-kertas cadangan yang dikemukakan oleh pihak yang berkenanaan;
Mengedarkan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa kepada pihak yang berkepentingan;
Sebagai pemudahcara di antara Ahli Jawatankusa dan pihak-pihak yang berkenaan;
Untuk memantau dan memastikan perlaksanaan semua keputusan-keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bersama;
Membuat laporan-laporan berkaitan dengan pengurusan dana Wakaf Negeri Sembilan Muamalat kepada Ahli Jawatankuasa
dan lain-lain pihak yang diminta oleh Ahli Jawatankuasa secara berkala atau secara ‘ad hoc’