Organisasi

Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JPB)

Objektif

  • Wakaf Muamalat merupakan inisiatif Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) dalam mengutip wakaf tunai daripada orang ramai dan korporat. Dana yang dikutip akan digunakan untuk membeli atau membiayai projek-projek wakaf dan diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
  • Untuk mencapai tujuan ini, BMMB bekerjasama dengan majlis agama Islam negeri (MAIN) yang berminat bagi menguruskan dana wakaf dan menentukan projek-projek wakaf yang layak.
  • Kerjasama BMMB dengan MAIN adalah melalui penubuhan jawatankuasa pengurusan bersama yang terdiri daripada wakil kedua-kedua pihak dan seorang pengerusi bebas.
  • BMMB memulakan program wakafnya pada tahun 2012 melalui pelancaran Wakaf Selangor Muamalat iaitu kerjasama BMMB dengan Perbadanan Wakaf  Selangor (PWS) Pada tahun 2017, BMMB menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan. Kerjasama tersebut dinamakan Wakaf Negeri Sembilan Muamalat.
  • Seterusnya pada tahun 2018, BMMB berkolaborasi dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan dinamakan Wakaf MAIK Muamalat.
  • Melalui kerjasama ini, dana wakaf akan diagihkan ke projek-projek di bawah sektor pendidikan dan kesihatan. Selain itu, sebahagian dana wakaf juga dilaburkan ke projek-projek yang patuh syariah bagi tujuan membesarkan dana.

Setiausaha

Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bersama dilantik oleh Setiausaha Korporat BMMB

Antara tugas dan tanggungjawab Setiausaha JPB:

  • Menyelaras setiap mesyuarat yang diadakan dari semasa ke semasa
  • Melengkapkan maklumat dan dokumentasi berkaitan perkhidmatan Wakaf Selangor Muamalat bagi setiap mesyuarat
  • Menyediakan minit mesyuarat yang telah dijalankan

Urusetia Bersama

Urusetia bagi jawatankuasa ini adalah mewakili BMMB dan PWS

Secara umumnya, Urusetia bertanggungjawab untuk:

  • Mengumpul kertas cadangan yang dikemukakan oleh pihak berkenaan;
  • Mengedarkan keputusan Jawatankuasa kepada pihak yang berkenaan;
  • Memudahkan Ahli Jawatankuasa dan pihak yang berkenaan;
  • Memantau dan memastikan pelaksanaan semua keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bersama;
  • Menyiapkan laporan berkaitan dengan pengurusan dana Wakaf Selangor Muamalat kepada Ahli Jawatankuasa dan pihak berkaitan yang diminta oleh Ahli Jawatankuasa secara berkala atau secara ‘ad-hoc’.