Wakaf Selangor Muamalat (WSM) menyumbang Pembinaan Pagar Anti-Panjat di SK (1) Taman Selayang

Jumaat, 3 Januari 2025 – Wakaf Selangor Muamalat (WSM) telah menyumbang pembinaan pagar anti-panjat di Sekolah Kebangsaan (1) Taman Selayang berjumlah RM9,000. Pagar ini bertujuan meningkatkan keselamatan pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Tn Haji Zaharuddin Alias, Ketua Jabatan Kewangan Sosial BMMB, kepada Puan Norsiah Omar, Guru Besar SK (1) Taman Selayang.

Diharapkan sumbangan WSM ini dapat menjaga keselamatan pelajar sekaligus meningkatkan kualiti pembelajaran mereka terutamanya bagi mereka yang memerlukan perhatian khas.

WSM terus komited memberi kemudahan pendidikan secara inklusif supaya lebih ramai yang dapat menerima manfaat.