Wakaf Selangor Muamalat Menyumbang ‘Reclining Chair ‘kepada Hospital Serdang, Selangor

Wakaf Selangor Muamalat telah menyumbang 10 unit ‘Reclining Chair’ bernilai RM 16,920 kepada Hospital Serdang, Selangor. Pada hari tersebut, Ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Selangor Muamalat telah menyampaikan simbolik ‘mock cheque” kepada Puan Azlinda Bt Zainal Abidin Chang , iaitu Penolong Pegawai Perhubungan Awam, Hospital Serdang.

Kerusi tersebut diletakkan di wad Pediatrik untuk kegunaan ibu bapa berehat sambil menjaga anak di wad tersebut.Diharapkan sumbangan kerusi ini dapat memberi keselesaan kepada keluarga pesakit dan dapat membantu Hospital Serdang meningkatkan mutu perkhidmatan mereka. Manfaat Wakaf Selangor Muamalat dapat dinikmati oleh semua golongan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.