Khamis, 16 Jan 2025 – Wakaf Negeri Sembilan Muamalat (WNSM) telah menyumbangkan sebanyak RM133,920 bagi projek pembinaan Kubah Pengering Solar di Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Telok Kemang, Pasir Panjang, Port Dickson.
Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi MAINS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama WNSM, Dato’ Seri Dr. Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir dengan pemberian cek cura dan _protruding_ kepada pihak PNK Telok Kemang.
Turut hadir bersama menjayakan majlis perasmian tersebut Ketua Jabatan Kewangan Sosial BMMB, Haji Zaharuddin Alias, Ketua Jabatan Syariah, BMMB merangkap Ahli Jawatankuasa WNSM, Dr. Mohd Izuwan Mahyudin, Pengarah Eksekutif, Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM), Ratna Sha’erah Kamaludin, Timbalan Setiausaha (Pengurusan) MAINS, Mohamad Idris Ramli, Pengurus Wilayah Selatan, BMMB merangkap Ahli Jawatankuasa WNSM, Mohd Zamri Pardi dan Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan Telok Kemang, Mohd Faudzi Mohamed Zakaria.