Wakaf Negeri Sembilan Muamalat Menyumbang Mesin Ultrabunyi Kepada Klinik Kesihatan Seremban 2

Wakaf Negeri Sembilan Muamalat telah menyumbangkan sebuah mesin ultrabunyi kepada Klinik Kesihatan Seremban 2 yang bernilai RM80,000 Wakaf Negeri Sembilan Muamalat merupakan kerjasama kutipan dan pengurusan wakaf tunai di antara Bank Muamalat Malaysia Berhad dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Majlis Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha MAINS Ustaz Zainal bin Said kepada Ketua Klinik Kesihatan Seremban 2, Dr. Fauzia Abdul Majid.

Turut hadir, Pengurus Bank Muamalat cawangan Seremban, En Mohd Zailani Mohamad Nor.

Semoga sumbangan mesin ini dapat membantu memberi perkhidmatan rawatan kepada lebih ramai pesakit secara efektif.