Wakaf Selangor Muamalat (WSM) telah diberi peluang untuk menyertai misi ziarah mahabbah & kebajikan masyarakat di rumah panjang, Ulu Pakan, Sibu, Sarawak bersama-sama delegasi Yayasan Amal Malaysia (YAM) bermula dari 22 hingga 25 July 2016. Misi ini yang turut disertai oleh daie Pusat Dakwah Serantau (PDS) dan juga wakil-wakil NGO yang lain telah memberi kesedaran kepada kami betapa nikmat Iman dan Islam itu sangat bernilai dan nikmat itu harus disebarkan melalui usaha-usaha sebegini.
Delegasi Bank Muamalat Malaysia Berhad tiba di Sibu, Sarawak pada jam 12:45 tengahari dan meneruskan perjalanan ke Rumah Panjang Azhar yang mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan menggunakan pacuan 4 roda (4WD) untuk sampai ke destinasi. Aktiviti dimulakan dengan suai kenal bersama Tuai Rumah iaitu Tuai Ibrahim serta penghuni rumah panjang Azhar, Tuai Ibrahim menceritakan pengalamannya setelah memeluk Islam
selama 3 tahun serta taklimat ringkas program telah dianjurkan oleh pihak penganjur. Misi dimulakan dengan solat subuh secara berjemaah, bersarapan pagi dan bergotong royong sebagai persediaan majlis perasmian bangunan yang akan digunakan untuk surau dan tadika sumbangan Wakaf Selangor Muamalat. Majlis perasmian telah berlangsung pada jam 2 petang dan disempurnakan oleh Ybhg Tan Sri Dato’ Sri Panglima Dato’ Abdul Rahman Arshad, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama, Wakaf Selangor Muamalat . Majlis telah dimeriahkan lagi dengan sedikit persembahan kebudayaan oleh penduduk rumah panjang dan juga oleh beberapa ahli rombongan Yayasan Amal Malaysia dan melawat rumah panjang Lidam antara rumah panjang yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional yang sangat unik.
Hari berikutnya, misi ziarah diteruskan ke rumah panjang Julin yang mengambil masa hampir 2 jam perjalanan dari rumah panjang Azhar. Beberapa barangan makanan diagihkan kepada keluarga dan penduduk yang lebih memerlukan. Selain itu sesi program muhasabah yang dihoskan oleh Yayasan Amal Malaysia telah dijalankan disebelah malamnya, Sesi ini bertujuan untuk membincangkan tentang penambahbaikan di dalam misi yang akan datang.
Kenangan dan pengalaman kerja secara berkumpulan pastinya memerlukan kecekalan dan kesabaran bagi melaksanakan misi dengan jayanya lebih lagi dikawasan pendalaman. Semoga misi Ziarah Mahabbah dan kebajikan seumpama ini dapat diteruskan untuk membantu kepada mereka yang lebih memerlukan lebih lagi di kawasan luar bandar.