Jabatan Kewangan Sosial melalui Wakaf Selangor Muamalat (WSM) telah menyerahkan sumbangan 4 buah mesin hemodialysis yang berjumlah RM132,000 kepada Medik Nur Rahmah Berhad (MNRB). Penyerahan telah disampaikan oleh Pengerusi WSM, Tn Hj Azizi Che Seman kepada Pengerusi MNRB, YBhg Dato’ Dr Harlina Hj Siraj. WSM komited untuk memastikan sumbangan pewakaf sampai kepada mereka yang memerlukan.
Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat daripada sumbangan WSM.