Wakaf MAIK Muamalat

Carta Organisasi Wakaf MAIK Muamalat

Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JPB) Wakaf MAIK Muamalat

  • Dipengerusikan oleh YBM Tan Sri Dato’ Tengku Mohd Rizam bin Tengku Abdul Aziz.
  • Dianggotai oleh 6 orang wakil masing-masing 3 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan 3 daripada Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB).
  • JPB ini akan dipantau oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
  • Antara bidangkuasa JPB adalah menentukan penyaluran dana wakaf kepada projek wakaf yang telah dipersetujui, membantu golongan yang memerlukan bagi tujuan pendidikan dan kesihatan, melaburkan semula manfaat wakaf yang telah diterima dan sebagainya.
Setiausaha

Setiausaha

Jawatankuasa Pengurusan Bersama adalah dilantik daripada Setiausaha Korporat BMMB

Antara tugas dan tanggungjawab Setiausaha JPB:

  • Bertanggungjawab menyelaras setiap mesyuarat yang diadakan dari masa ke semasa
  • Menyelaras penyediaan maklumat dan dokumentasi berkaitan perkhidmatan Wakaf Selangor Muamalat untuk setiap mesyuarat
  • Menyediakan minit mesyuarat pada setiap mesyuarat yang telah dijalankan
Urusetia Bersama

Urusetia Bersama

Urusetia bagi Jawatankuasa ini adalah mewakili kedua-dua pihak iaitu BMMB dan MAIK

Secara umumnya, Urusetia bertanggungjawab untuk:

  • Mengumpul kertas-kertas cadangan yang dikemukakan oleh pihak yang berkenanaan;
  • Mengedarkan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa kepada pihak yang berkepentingan;
  • Sebagai pemudahcara di antara Ahli Jawatankusa dan pihak-pihak yang berkenaan;
  • Untuk memantau dan memastikan perlaksanaan semua keputusan-keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bersama;
  • Membuat laporan-laporan berkaitan dengan pengurusan dana Wakaf MAIK Muamalat kepada Ahli Jawatankuasa dan lain-lain pihak yang diminta oleh Ahli Jawatankuasa secara berkala atau secara ‘ad hoc’