Majlis Penyerahan Sumbangan Wakaf Selangor Muamalat Kepada Sekolah Kebangsaan Manggol Bongor, Megat Dewa Kodiang, Kedah.

Satu majlis penyerahan sumbangan wakaf telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Manggol Bongor, Megat Dewa Kodiang, Kedah. Majlis ini merupakan sumbangan kedua Wakaf Selangor Muamalat (WSM) di luar negeri Selangor. Sebuah LCD projektor dan layar bernilai RM 2,650.00 telah disampaikan oleh Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama WSM kepada Encik Abdul Hamid Ismail, guru besar sekolah kebangsaan tersebut. Turut hadir bagi menyerikan majlis tersebut ialah Ketua Sektor Unit pembangunan dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu. Majlis ini dapat dianjurkan dengan jayanya atas bantuan dan kerjasama dari pihak Pengurus Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) Kawasan Utara, Puan Sarimah Bashah, kakitangan Pejabat Kawasan Utara BMMB, Pengurus dan kakitangan BMMB Cawangan Alor Setar

Sekolah ini menempatkan murid-murid yang kebanyakkannya dari kalangan keluarga berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan. Berbekalkan dari sumbangan wakaf ini, sedikit sebanyak diharapkan dapat membantu pihak sekolah di dalam meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan murid-murid dan tenaga pengajar.