Wakaf Selangor Muamalat Menyumbang Meja dan Kerusi kantin kepada Sekolah Kebangsaan Pendamaran Jaya, Pelabuhan Klang, Selangor

Wakaf Selangor Muamalat telah menyumbang 20 unit meja dan kerusi kantin bernilai RM 16,000 kepada Sekolah Kebangsaan Pendamaran Jaya, Pelabuhan Klang, Selangor. Pada hari tersebut, Ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Selangor Muamalat telah menyampaikan simbolik ‘mock cheque” kepada En Abdul Hafiz bin Othman, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Pendamaran Jaya.

Dengan keadan kantin sekolah kelihatan telah uzur serta kerusi dan meja kantin sekolah ini telah berusia dan tidak selamat digunakan. Kebanyakan pelajar Sekolah ini berasal keluarga yang berpendapatan rendah. Diharapkan sumbangan kerusi dan meja ini dapat mengurangkan risiko kecederaan

kepada pelajar-pelajar dan memberi semangat kepada mereka untuk fokus dalam pelajaran. Manfaat Wakaf Selangor Muamalat dapat dirasa oleh semua golongan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.