Wakaf Selangor Muamalat telah menyumbang RM369,200 Wakaf Selangor Muamalat telah memberi sumbangan berjumlah RM369,200.00 kepada 18 buah hospital terpilih di Malaysia. Sumbangan tersebut merangkumi peralatan perubatan seperti mesinĀ syringe pump, topeng muka N95 dan set peralatan perlindungan diri (PPE) untuk dimanfaatkan petugas barisan hadapan kesihatan dalam menangani penularan wabak Covid-19.
Penularan wabak koronavirus (Covid-19) telah menyebabkan pekerja kesihatan dan anggota penguat kuasa terpaksa berhadapan dengan peperangan untuk mengawal pandemik ini. Sumbangan keperluan ini dapat dimanfaatkan oleh petugas barisan hadapan kesihatan dalam menangani penularan wabak COVID-19. Senarai hospital yang menerima sumbangan Wakaf Selangor Muamalat adalah seperti berikut:
- Hospital Sg Buloh, Selangor
- Hospital Selayang, Selangor
- Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
- Hospital Serdang, Selangor
- Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak
- Hospital Kuala Krai, Kelantan
- Hospital Tawau, Sabah
- Hospital Duchess of Kent, Sandakan, Sabah
- Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor
- Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang
- Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan
- Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM Cheras, Kuala Lumpur
- Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur
- Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang
- Hospital Tanah Merah, Kelantan
- Pusat Perubatan IIUM, Kuantan, Pahang
- Hospital Kajang, Selangor
- Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan
Sokongan berterusan daripada kakitangan BMMB dan orang ramai membolehkan Wakaf Selangor Muamalat tampil membantu kerajaan dan petugas barisan hadapan memastikan kesejahteraan masyarakat setempat. Semoga negara kita kekal berada di landasan yang betul menuju sifar kes, sekali gus bebas daripada ancaman Covid-19, insya Allah.