Penyerahan Sumbangan Komputer Riba Bagi Perlaksanaan PDPC Abad 21

Jabatan Kewangan Sosial telah menyampaikan 10 buah Komputer Riba yang berjumlah RM24,990 sumbangan Wakaf Selangor Muamalat kepada “Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah”, Sungai Besar, Selangor. Turut hadir ke majlis ini Pejabat Pengurus Wilayah Tengah & Pengurus Cawangan Kelang.

Semoga sumbangan tersebut dapat meningkatkan kualiti pendidikan kepada para pelajar di sekolah ini.