Urusetia Bersama
Urusetia bagi jawatankuasa ini adalah mewakili BMMB dan PWS
Secara umumnya, Urusetia bertanggungjawab untuk:
- Mengumpul kertas cadangan yang dikemukakan oleh pihak berkenaan;
- Mengedarkan keputusan Jawatankuasa kepada pihak yang berkenaan;
- Memudahkan Ahli Jawatankuasa dan pihak yang berkenaan;
- Memantau dan memastikan pelaksanaan semua keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bersama;
- Menyiapkan laporan berkaitan dengan pengurusan dana Wakaf Selangor Muamalat kepada Ahli Jawatankuasa dan pihak berkaitan yang diminta oleh Ahli Jawatankuasa secara berkala atau secara ‘ad-hoc’.