Sumbangan Wakaf Selangor Muamalat kepada Hospital Sultan Abdul Aziz Sham, UPM

10 Mac 2025 – Majlis Penyerahan 10 Unit Kerusi Roda & 5 Unit Airport Link Chair Sumbangan Wakaf Selangor Muamalat (WSM) kepada Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (HSAASUPM) berjumlah RM10,150.

Majlis penyerahan ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Nor Fadhlina Binti Zakaria, Timbalan Pengarah HSAASUPM.

Turut hadir ke majlis tersebut Ustaz Anuar Hamzah Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Dr. Izuwan Mahyudin, Ketua Jabatan Shariah, Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) merangkap Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama WSM, Haji Zaharuddin Alias, Ketua Jabatan Kewangan Sosial BMMB, serta barisan Urusetia WSM yang diwakili oleh En Mohd Hafiz Bahari, En Sapie & Zulfikri Shuib.

Pihak HSAASUPM menzahirkan rasa syukur & jutaan terima kasih yang tak terhingga diatas sumbangan yang diberikan ini.