Selangor, 5 Mac 2025 – Program penyerahan Wakaf Selangor Muamalat berupa 2 buah penghawa dingin dan 5 buah komputer telah dilakukan oleh Hj Zaharuddin Alias kepada Guru Besar Sekolah SK Desa Baiduri. Wakaf tersebut adalah untuk tujuan penggunaan pelajar ditempatkan di makmal Komputer Sekolah.
Turut hadir di majlis penyerahan ialah wakil urusetia WSM En Mohd Hafiz, En Sapie dan En Ameer. Puan Nor Zakiah, Guru Besar Sekolah mewakili barisan Pengurusan mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada Wakaf Selangor Muamalat yang memilih SK Desa Baiduri. Menurut beliau Komputer yang ada di Makmal semuanya telah lebih dari 10 tahun. Dengan ada 5 unit komputer Wakaf dan 2 buah Penghawa dingin akan dapat memberikan kebaikan dan keselesaan kepada pelajar dan guru. Beliau mendoakan semoga Wakaf Selangor Muamalat terus maju dan berjaya dalam pentadbiran Wakaf.