Bank Muamalat Malaysia Berhad, dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), telah menyerahkan Wakaf berjumlah RM110,500 untuk tujuan kesihatan. Sumbangan ini termasuk pembelian Mesin Otoacoustic Emission untuk Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan stretcher ambulance untuk Klinik Kesihatan Gemas, Nilai, dan Bahau. Majlis penyerahan diadakan di Dewan MAINS, Seremban, dan turut dihadiri oleh kakitangan Jabatan Kewangan Sosial.