Wakaf Pahang Muamalat Menyumbang Kerusi Roda kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

Wakaf Pahang Muamalat menyumbang kerusi roda kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) berjumlah RM20,000. Sumbangan telah diagihkan bersama kutipan Wakaf Pahang menjadikan sebanyak 158 buah kerusi roda akan diagihkan ke klinik-klinik kesihatan di negeri Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Pahang Muamalat, Datuk Halidan Md Daud berkata, sumbangan ini merupakan sumbangan bersama Wakaf Pahang dan Wakaf Muamalat. Beliau berharap pemberian ini akan memberi manfaat kepada orang ramai khususnya mereka yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan khidmat rawatan kesihatan yang baik.

Beliau menyatakan komitmen Wakaf Pahang Muamalat menyampaikan amanah pewakaf. Sumbangan kepada Wakaf Pahang Muamalat akan diagihkan ke aktiviti-aktiviti di bawah sektor pendidikan, kesihatan, dan pemerkasaan ekonomi.