Wakaf Selangor Muamalat

Carta Organisasi Wakaf Selangor Muamalat

Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JPB) Wakaf Selangor Muamalat

  • 3 orang wakil dari Perbadanan Wakaf Selangor, dan 3 dari Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB)
  • Dipantau oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
  • JPB bertanggungawab untuk menyalurkan dana wakaf yang telah dipersetujui bagi membantu golongan yang memerlukan, serta melaburkan semula manfaat wakaf yang telah diterima.
Setiausaha

Setiausaha

Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bersama dilantik oleh Setiausaha Korporat BMMB

Antara tugas dan tanggungjawab Setiausaha JPB:

  • Menyelaras setiap mesyuarat yang diadakan dari semasa ke semasa
  • Melengkapkan maklumat dan dokumentasi berkaitan perkhidmatan Wakaf Selangor Muamalat bagi setiap mesyuarat
  • Menyediakan minit mesyuarat yang telah dijalankan
Urusetia Bersama

Urusetia Bersama

Urusetia bagi jawatankuasa ini adalah mewakili BMMB dan PWS

Secara umumnya, Urusetia bertanggungjawab untuk:

  • Mengumpul kertas cadangan yang dikemukakan oleh pihak berkenaan;
  • Mengedarkan keputusan Jawatankuasa kepada pihak yang berkenaan;
  • Memudahkan Ahli Jawatankuasa dan pihak yang berkenaan;
  • Memantau dan memastikan pelaksanaan semua keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bersama;
  • Menyiapkan laporan berkaitan dengan pengurusan dana Wakaf Selangor Muamalat kepada Ahli Jawatankuasa dan pihak berkaitan yang diminta oleh Ahli Jawatankuasa secara berkala atau secara ‘ad-hoc’.