Tutup
EN
BM

Peribadi

Perniagaan

Services

i-MSecure

Ciri baharu untuk meningkatkan keselamatan i-Muamalat

Services

i-MSecure

Ciri baharu untuk meningkatkan keselamatan i-Muamalat

Ciri baharu untuk meningkatkan keselamatan i-Muamalat

Bermula Januari 2025, Bank telah meningkatkan lapisan keselamatan tambahan untuk Portal Dalam Talian dan Aplikasi Mudah Alih i-Muamalat. Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk terus melindungi keselamatan perbankan dalam talian anda daripada penipuan, selaras dengan arahan daripada pihak Kawal Selia untuk memerangi penipuan kewangan.

No Kemas Kini Keselamatan Apa yang anda perlu tahu?
1. Had Transaksi untuk Pihak Pertama.

Portal Dalam Talian i-Muamalat akan memaparkan jenis had transaksi baharu iaitu Had Transaksi Pihak Pertama.

Mulai 15 Januari 2025, selaras dengan arahan daripada Kawal Selia, terdapat dua had transaksi i-Muamalat yang berasingan untuk transaksi pihak pertama dan pihak ketiga.

Apakah Had Transaksi Pihak Pertama?

Had transaksi pihak pertama dikenakan pada pindahan antara akaun yang dimiliki oleh orang yang sama. Sebagai contoh, apabila anda memindahkan wang dari akaun simpanan anda ke akaun semasa/kad kredit/pembiayaan anda dalam Bank Muamalat, ia dianggap sebagai pindahan pihak pertama.

Tetapan had permulaan bagi transaksi pihak pertama ialah RM3,000 sehari. Anda boleh mengemas kini had ini melalui Portal Dalam Talian i-Muamalat untuk memenuhi keperluan peribadi anda.

2. Pengesahan i-MSecure untuk transaksi Pihak Pertama dan Akaun Kesukaan. Pelaksanaan penggunaan i-MSecure untuk pengesahan transaksi:

  • Pihak Pertama
  • Akaun Kesukaan (Favourite Account)

Semua transaksi mestilah disahkan menggunakan i-MSecure.

3. Tempoh Pengaktifan (Bertenang).

Terdapat 12 Jam Tempoh Pengaktifan (Bertenang) apabila anda melakukan transaksi berikut:-

  • Pendaftaran baru i-Muamalat akaun;
  • Naik taraf pakej i-Muamalat daripada pakej asas (informasi mengenai Kad Kredit sahaja) kepada pakej penuh termasuk transaksi;
  • Pendaftaran peranti baru untuk Aplikasi Mudah Alih i-Muamalat;
  • Pengaktifan peranti i-MSecure yang baru*;
  • Tukar had transaksi untuk Pihak Pertama (baru);
  • Tukar had transaksi untuk Pihak Ketiga;
  • Set semula kata laluan*(baru).

Nota: (*) Pengaktifan mesti dilakukan sama ada melalui Talian Khidmat Pelanggan atau Cawangan. Untuk pengaktifan segera, anda boleh mengunjungi cawangan terdekat. Cawangan akan melakukan pengaktifan tempoh bertenang selepas pengesahan yang menyeluruh dilaksanakan.

Untuk membantu menghalang log masuk / pengesahan transaksi yang tidak sah, log masuk i-Muamalat / penggunaan i-MSecure untuk pengesahan transaksi hanya boleh dilakukan selepas 12 jam tempoh pengaktifan (bertenang) tamat.

4. Kill Switch untuk menyahaktifkan serta-merta akses i-Muamalat sekiranya terdapat transaksi yang mencurigakan. Kill Switch ialah ciri untuk menyekat sementara semua percubaan log masuk i-Muamalat apabila anda mengesyaki bahawa akaun i-Muamalat anda telah terjejas.

Ciri ini ialah cara cepat untuk menghalang penipu daripada mengakses akaun i-Muamalat anda dan menghalang sebarang transaksi keluar daripada akaun anda. Ciri ini terdapat di laman log masuk Portal Dalam Talian dan Aplikasi Mudah Alih i-Muamalat.

Anda boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 03-2600 5500 untuk pengaktifan semula akaun i-Muamalat anda.

5. Penamatan Ciri Pengaktifan kendiri i-Muamalat akaun dan Notifikasi SMS. Selaras dengan arahan daripada pihak Kawal Selia dan untuk mengoptimumkan fungsi i-Muamalat, Bank telah menamatkan ciri-ciri berikut:

  • Pengaktifan Kendiri
    – Pengaktifan akaun i-Muamalat mesti dilakukan sama ada dengan menghubungi Talian Khidmat Pelanggan atau Cawangan.
  • Notifikasi SMS untuk Transaksi yang berjaya
    – Pemberitahuan untuk status transaksi yang berjaya akan dihantar melalui notifikasi mudah alih sahaja.

Nota: Berkuat kuasa dari 15 Januari 2025.

Belum mendaftar untuk i-MSecure lagi?

Jom daftar dan aktifkan i-MSecure

Diterbitkan pada 10 August 2024

Muat turun aplikasi mudah alih i-Muamalat dari Apple App Store, Google Play Store atau galeri aplikasi HUAWEI untuk menikmati pengalaman baru ini.

Hanya log masuk aplikasi mudah alih i-Muamalat anda dan ikut arahan yang dikeluarkan untuk mendaftar dan mengaktifkan i-MSecure untuk menikmati perbankan dalam talian yang selamat di mana-mana sahaja dengan kelulusan transaksi yang lebih pantas.

Untuk memastikan modul berfungsi dengan baik, sila aktifkan pemberitahuan untuk aplikasi mudah alih i-Muamalat:

Untuk Peranti iPhone:
  1. Pergi ke ‘Seting‘ peranti iPhone anda
  2. Cari ‘i-Muamalat
  3. Tekan ‘Pemberitahuan
  4. Aktifkan ‘Benarkan Pemberitahuan

 

Untuk Peranti Android:
  1. Pergi ke ‘Tetapan’ peranti Android anda
  2. Pilih ‘Aplikasi & Perkhidmatan
  3. Cari ‘i-Muamalat
  4. Tekan ‘Pemberitahuan
  5. Aktifkan ‘Benarkan pemberitahuan

Muat turun sekarang untuk Aplikasi Mudah Alih i-Muamalat

Anda juga mungkin meminati

i-Muamalat
DuitNow
Sembang dengan kami sekarang!
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.8720002.7110002.695000
BRUNEI DOLLARBND3.4230003.2200003.209000
CANADIAN DOLLARCAD3.1560003.0390003.022000
SWISS FRANCCHF5.1470004.9170004.899000
EURO EUR4.9480004.6670004.645000
STERLING POUNDGBP5.8940005.6250005.616000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.6730002.4780002.463000
SINGAPORE DOLLARSGD3.4230003.2200003.219000
UNITED STATES DOLLARUSD4.5650004.3130004.296000

2025-03-28 08:14:55