Tutup
EN
BM

Peribadi

Perniagaan

Apakah DuitNow Transfer?

DuitNow Transfer ialah perkhidmatan pindahan dana serta merta yang membolehkan anda untuk memindahkan dana ke akaun penerima menggunakan DuitNow ID (Nombor Telefon Mudah Alih, Nombor Kad Pengenalan / Pasport, Nombor Tentera / Polis, Nombor Pendaftaran Perniagaan (BRN) atau nombor akaun penerima. Anda boleh mendaftar DuitNow ID untuk menerima dana dan melakukan pindahan dana menggunakan DuitNow Transfer melalui Portal Dalam Talian i-Muamalat atau Aplikasi Mudah Alih i-Muamalat. Modul ini adalah inisiatif dalam industri perbankan untuk memudahkan pindahan dana sambil mengekalkan tahap keselamatan yang tinggi.

 

Apakah DuitNow Request?

DuitNow Request ialah perkhidmatan yang membolehkan penerima bayaran menghantar permintaan bayaran digital untuk mengutip dana daripada pembayar. Perkhidmatan DuitNow Request boleh didapati di Portal Dalam Talian i-Muamalat dan Aplikasi Mudah Alih i-Muamalat.

Melalui DuitNow Request, penerima bayaran boleh menghantar permintaan bayaran serta-merta pada bila-bila masa menggunakan DuitNow ID (Nombor Telefon Mudah Alih, Nombor Kad Pengenalan / Pasport, Nombor Tentera / Polis, Nombor Pendaftaran Perniagaan (BRN)) atau nombor akaun pembayar.

DuitNow Request hanya boleh diminta daripada Akaun Simpanan (SA), Akaun Semasa (CA) dan e-Dompet.

 

Apakah DuitNow AutoDebit?

DuitNow AutoDebit ialah perkhidmatan yang membolehkan peniaga / pedagang mengutip bayaran berulang berdasarkan persetujuan yang diberikan oleh pembayar.

Pembayar boleh memberi kebenaran dengan mendaftarkan DuitNow AutoDebit dengan mana-mana pedagang yang mengambil bahagian daripada Portal Dalam Talian / Aplikasi Mudah Alih i-Muamalat sebelum mendapat kelulusan daripada pedagang.

Alternatif lain ialah pedagang boleh menghantar permintaan DuitNow AutoDebit melalui portal pedagang kepada pembayar. Pembayar boleh meluluskan permintaan DuitNow AutoDebit tersebut melalui Portal Dalam Talian / Aplikasi Mudah Alih i-Muamalat.

 

Amaran keselamatan

Sila ambil langkah berjaga-jaga seperti berikut apabila anda menggunakan perbankan internet:

  • Pastikan username dan kata laluan i-Muamalat anda tidak didedahkan atau dikongsi dengan sesiapa. Sila hafal dan jangan tulis di mana-mana. Pastikan anda mengakses i-Muamalat dengan menaip URL yang betul, bukan mengakses daripada pautan web lain atau daripada e-mel.
  • Berhati-hati dengan cubaan untuk mendapatkan username dan kata laluan i-Muamalat anda walaupun cubaan itu mendakwa dari Bank Muamalat sendiri. Bank tidak akan meminta anda untuk mendedahkan username dan kata laluan anda.
  • Jangan kongsi nombor TAC yang diterima dengan mana-mana pihak ketiga.
  • Sentiasa log keluar Portal Dalam Talian / Aplikasi Mudah Alih i-Muamalat.
  • Jangan lakukan transaksi menggunakan terminal awam seperti kafe siber.
  • Kosongkan cache internet setelah selesai menggunakan i-Muamalat.
  • Jangan klik pada pautan yang dihantar di dalam e-mel atau SMS.

 

Sila hubungi bank di +603-2600 5500 apabila anda mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan.

 

Waktu Operasi
  • i-Muamalat beroperasi 24 jam sehari;
  • Talian Khidmat Pelanggan +603-2600 5500 beroperasi 24 jam sehari.

Anda juga mungkin meminati

i-Muamalat
i-MSecure
Sembang dengan kami sekarang!
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.9710002.8090002.793000
BRUNEI DOLLARBND3.3920003.1960003.185000
CANADIAN DOLLARCAD3.1820003.0690003.052000
SWISS FRANCCHF5.0940004.8740004.856000
EURO EUR4.8240004.5580004.536000
STERLING POUNDGBP5.7590005.5060005.497000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.7470002.5510002.536000
SINGAPORE DOLLARSGD3.3920003.1960003.195000
UNITED STATES DOLLARUSD4.4380004.2000004.183000

2024-10-18 08:37:31