Tutup
EN
BM

Peribadi

Perniagaan

Services

Islamic Capital Markets

Pasaran Modal Islam telah membuktikan dirinya sebagai mod pembiayaan yang mampan, berdaya maju dan berkembang, bukan sahaja di dalam negara, tetapi juga di peringkat global. Menggunakan konsep pembiayaan di bawah Syariah (Perundangan Islam), Jabatan Perbankan Pelaburan mampu memberi anda perkhidmatan penjanaan modal dalam Asal, Penstrukturan dan Susunan Hutang Swasta Islam, serta Sekuriti Bersandarkan Aset.

Sekiranya keperluan kewangan anda adalah pembiayaan Dolar AS atau Euro, kami juga dapat memenuhi keperluan tersebut melalui Cawangan Luar Pesisir Labuan kami.

Perkhidmatan kami meliputi pengaturan pengumpulan dana yang meliputi servis permulaan, penstrukturan dan pelaksanaan hutang dan/atau pengumpulan dana ekuiti. Pengalaman kami merangkumi pengumpulan dana melalui pemyusunan instrumen berikut bagi pihak pelanggan kami:-

A) Pasaran Modal Hutang

  • Kertas Komersial Islam;
  • Nota Jangka Sederhana Islam;
  • Sukuk.

B)Ekuiti

  • Saham keutamaan Boleh Tukar Boleh Tebus-Islamik tidak tersenarai;
  • Pengaturan Usahasama.

Dalam melengkapi produk dan perkhidmatan Pasaran Modal Hutang kami, kami juga memilik keupayaan dalam mengatur pengumpulan dana berdasarkan pembiayaan bersindiket menerusi rangkaian sindiket kami yang meluas serta hubungan bersama pelbagai institusi kewangan.

Kami mempunyai keupayaan untuk menyediakan khidmat nasihat untuk perniagaan atau projek pelanggan kami dari sektor swasta dan awam. Perkhidmatan kami merangkumi antara lain memberikan khidmat nasihat kepada pelanggan kami dari segi perspektif kewangan, penilaian risiko projek dan daya maju kewangan serta penstrukturan atau semakan profil aliran tunai perniagaan/projek untuk pelanggan kami.

Perkhidmatan agensi kami melengkapkan aktiviti pengumpulan dana yang meliputi sokongan pasca pemantauan untuk pelanggan kami. Kami menawarkan perkhidmatan agensi daripada kepelbagaian khidmat agensi merangkumi sebagai Ejen Kemudahan, Ejen Keselamatan dan/atau Ejen Pemantauan.

Kami mempunyai pengalaman dalam ekuiti swasta / modal teroka dengan memanfaatkan cabang modal teroka Bank kami iaitu Muamalat Venture Sdn Bhd. Kami telah mengambil bahagian dalam pengaturan usaha sama atau pelaburan ekuiti dengan syarikat pelaburan yang dikenal pasti.

Kami mempunyai pengalaman di dalam ekuiti swasta / modal teroka dengan memanfaatkan anak syarikat modal teroka Bank kami iaitu Muamalat Venture Sdn Bhd. Kami telah mengambil bahagian dalam pengaturan usaha sama atau pelaburan ekuiti dengan syarikat pelaburan yang dikenal pasti.

Anda mungkin berminat

Khidmat Nasihat Korporat
Islamic Capital Markets
Sembang dengan kami sekarang!
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.9710002.8090002.793000
BRUNEI DOLLARBND3.3920003.1960003.185000
CANADIAN DOLLARCAD3.1820003.0690003.052000
SWISS FRANCCHF5.0940004.8740004.856000
EURO EUR4.8240004.5580004.536000
STERLING POUNDGBP5.7590005.5060005.497000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.7470002.5510002.536000
SINGAPORE DOLLARSGD3.3920003.1960003.195000
UNITED STATES DOLLARUSD4.4380004.2000004.183000

2024-10-18 08:37:31