Episode 2 : ADAKAH EMAS HANYA UNTUK SIMPANAN ATAU PELABURAN?

“Gaji baru masuk. Semangat nak menyimpan pun membara. Tapi bila tengok bil, barang dapur, ansuran sana sini….terus rasa tidak cukup”.
Bunyi macam biasa tetapi inilah realiti yang ramai antara kita lalui.
Sekarang, di media sosial memang ramai tengah cerita pasal emas. Ada yang kata:
- Emas ni kalis inflasi
- Aset paling selamat bila ekonomi tidak menentu
- Boleh jadi penyelamat kewangan bila terdesak
Tapi betul ke semua ni? Atau kita sebenarnya cuma ikut trend?
ORANG KITA & EMAS: DULU LAIN, SEKARANG LAIN
Rakyat Malaysia memang ada sejarah dengan emas.
- Dulu → pakai untuk kenduri, simpan untuk anak cucu
- Sekarang → beli sebab risau duit susut nilai atau sekadar ikut trend dan FOMO
“Emas ini ada nilai universal. Bila ekonomi goyang, orang cari emas dulu” – Amin Idris, Penceramah dan Hos TV
Tapi kalau beli emas semata-mata hanya untuk ‘ada’ tanpa sebarang perancangan…sangat rugi sebab kita tidak manfaatkan potensi sebenar emas sebagai aset.
SIMPAN SAHAJA TIDAK CUKUP…, KALAU TIADA PERANCANGAN
“Emas adalah pelaburan, bukan sekadar simpanan. Kalau beli hari ini, jangan rancang nak guna minggu depan” – Dr Sarimah, Ketua Jabatan Pengurusan Harta, Bank Muamalat
- Emas perhiasan biasanya datang dengan kos upah, reka bentuk dan susut nilai bila dijual semula.
- Emas fizikal perlukan tempat simpanan yang selamat.
- Emas digital perlu dilabur melalui platform yang sah dan selamat.
Tanpa matlamat dan strategi yang jelas, simpanan emas tidak akan berkembang.
LABUR EMAS: MESTI TAHU TUJUAN
Pelaburan emas berlaku apabila kita:
- Ada matlamat jangka panjang.
- Nak lindung nilai daripada inflasi.
- Ingin pelbagaikan simpanan dan aset.
Apa kata Syariah?
Oleh kerana emas dikira sebagai barang ribawi, jual beli emas mestilah:
- Mengikut harga semasa (spot price)
- Bebas unsur riba
- Dilakukan dengan pemilikan segera
HATI-HATI: SEMAKIN RAMAI JADI MANGSA SCAM
Emas sekarang memang mudah dibeli secara dalam talian tetapi itu juga membuka ruang kepada penipuan.
Antara sebab ramai yang terpedaya:
- Janji keuntungan yang tinggi dalam masa singkat.
- Tidak semak latar belakang platform.
- Keliru antara pelaburan emas yang sah dan skim pelaburan palsu.
Solusi?
Pilih platform yang sah, dipantau dan patuh Syariah.
Contohnya, Akaun Emas Digital Bank Muamalat yang bermula serendah RM10.
“Tidak perlu tunggu gaji besar. Yang penting, mula dan konsisten” – Dr Sarimah, Ketua Jabatan Pengurusan Harta, Bank Muamalat
BELAJAR DARI NABI YUSUF A.S
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit” (Riwayat al-Bukhari, No. 6465)
Sama juga dengan simpanan dan pelaburan emas, bukan siapa mula dulu atau simpan paling banyak tetapi siapa yang konsisten dan berdisiplin.
Lihat bagaimana Nabi Yusuf A.S yang menasihati Raja Mesir untuk menyimpan ketika waktu senang supaya apabila tibanya waktu susah, negara tetap dapat bertahan.
Ini bukan sekadar strategi ekonomi zaman dahulu tetapi pengajaran kewangan yang masih relevan hingga ke hari ini.
NAK BELAJAR LEBIH TENTANG EMAS?
Tonton podcast ApeCer? Episod 2!
Dalam episode ini, kita bongkar realiti dan mitos tentang emas, bukan sekadar simbol kekayaan tetapi strategi kewangan yang boleh bina masa depan yang lebih stabil dan berkat.
“Don’t save what is left after spending. Spend what is left after saving” – Warren Buffett
Kalau gaji masih masuk setiap bulan, itu tandanya kita masih ada peluang untuk merancang dan bertindak.
Jadi, nak tunggu apa lagi?
Adakah Emas Hanya Untuk Simpanan Atau Pelaburan?
Diterbitkan pada April 21, 2025
Gaji baru masuk. Semangat nak menyimpan pun membara. Tapi bila tengok bil, barang dapur, ansuran sana sini….terus rasa tidak cukup
Kalau gaji masih masuk setiap bulan, itu tandanya kita masih ada peluang untuk merancang dan bertindak melalui Podcast ApeCer Episod 2.
#PodcastApeCer
#KehidupanLebihBaikBersama