Close
EN
BM

Personal

Business

Podcast

Episode 1: KEBERKATAN REZEKI: MENCARI KEKAYAAN HAKIKI DALAM ISLAM

KEBERKATAN REZEKI: MENCARI KEKAYAAN HAKIKI DALAM ISLAM
Terokai konsep keberkatan rezeki dalam Islam dan fahami bagaimana mencapai ketenangan jiwa serta kekayaan sebenar melalui prinsip hidup berkat.

BERANI MENGUNDANG RISIKO HIDUP TANPA KEBERKATAN?

Berlari tanpa garisan penamat…. penat, penat sangat. Setiap hari kerja keras, gaji masuk cukup bulan tapi jiwa masih rasa kosong. Duit banyak tapi cepat sangat habis, tidur pun rasa tak nyenyak. Adakah kita benar-benar kaya? Atau kita hanya hidup dalam fatamorgana kekayaan?

  • Apa guna kemewahan kalau jiwa terasa kosong?
  • Apa gunanya duit kalau hati tak tenang?
  • Adakah kita sedang bina kehidupan atau gali lubang untuk diri sendiri?

Jawapannya satu tapi impaknya besar: KEBERKATAN.

Islam bukan sekadar agama tetapi panduan hidup sempurna yang menawarkan solusi ketenangan hati sepanjang zaman.

KITA SEDANG KEJAR DUIT ATAU CARI BERKAT?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Seorang lelaki yang lama bermusafir, rambut kusut, badan penuh debu, menadah tangan berdoa: ‘Ya Tuhan, Ya Tuhan,’ tetapi makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, bahkan dibesarkan dengan rezeki haram—bagaimana mungkin doanya dimakbulkan? (Riwayat Muslim, Hadis No. 1015).

  • Berdoa setiap hari tapi rezeki semakin sempit?
  • Solat 5 waktu tapi hati terasa berat?

Jadi… masih rasa pelik ke? Jangan salahkan takdir kalau rezeki kita sendiri penuh syubhah.

Keberkatan Rezeki Mencari Kekayaan Hakiki Dalam Islam<

DUIT MASUK BANYAK TAPI TAK BERKAT: PENTINGNYA PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM

Adakah itu mungkin petanda keberkatan dalam diri kita sudah makin menjauh? Mungkin. Bak kata peribahasa ‘dalam laut dapat diduga, dalam hati siapa tahu’. Mungkin ini bukan soal banyak atau sedikit tetapi boleh jadi, ini mungkin soal berkat atau tidak.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Tidak akan berkurang harta kerana bersedekah. Allah pasti menambahkan kemuliaan kepada yang memaafkan dan mengangkat darjat mereka yang merendah diri kerana-Nya.
(Sahih Muslim, Hadis No. 2588)

Percayalah, pintu rezeki akan terbuka luas apabila tangan kita sentiasa memberi tapi jika disebaliknya, rezeki yang ada pun allah boleh tarik sekelip mata.

HATI TENANG BUKAN SEKADAR HARTA MELIMPAH

Berhutang bukan perkara yang dilarang dalam Islam malah ia dibenarkan selagi dilakukan dengan niat dan pengurusan yang betul. Tetapi jika hutang semata-mata demi gaya hidup atau sekadar ingin menunjuk-nunjuk hanya akan memakan ‘keberkatan rezeki’.

Untuk apa semua itu? Sanggup nampak kaya walaupun hakikatnya tengah ‘tenat’ dan sanggup gadaikan keberkatan hanya untuk nampak hebat di mata manusia yang langsung tidak pedulikan kita?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Beruntunglah mereka yang diberi petunjuk Islam, kecukupan rezeki dan hati yang sentiasa qanaah (bersyukur dengan apa yang ada). (Sunan Tirmidzi, Hadis No. 2348)

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Wahai orang-orang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan riba jika benar-benar beriman. Jika tidak, ketahuilah Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kamu.
(Surah Al-Baqarah, 2:278-279)

Persoalannya sekarang, adakah kita berani ‘berperang’ dengan Allah dan Rasul-Nya hanya kerana harta? Kita nak lawan siapa? Kuat sangat ke kita nak berperang dengan-Nya?

REZEKI BERKAT ATAU SEKADAR HARTA BANYAK?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta tetapi kekayaan sebenar adalah kekayaan jiwa. (Sahih Muslim, Hadis No. 1051)

Harta tanpa keberkatan ibarat kapal besar di tengah lautan; megah tapi hanyut tanpa arah. Percayalah, sebesar mana pun rezeki kita perolehi tetapi tanpa keberkatan, ia tidak akan mampu membawa kebahagiaan sebenar.

JOM TONTON VIDEO PENUH EPISOD 1 APECER? DAN TEMUI JALAN MENUJU KEKAYAAN YANG SEBENAR

Apa yang anda baca tadi hanyalah ‘Salam Perkenalan’ dan sentuhan awal untuk anda merenung sejenak tentang perjalanan hidup kita. Syurga dan neraka itu nyata. Alat untuk menimbang dosa dan pahala itu wujud. Titian sirat itu ada. Telaga Al-Haudh Nabi ataupun Kauthar itu benar. Semua ini akan kita saksikan sendiri.

Bayangkan saat kita berdiri di hadapan-Nya sambil membawa ‘harta’yang kita kumpul, adakah ia berkat atau sebaliknya? Adakah kita sudah bersedia untuk perhitungan itu?

Jangan biarkan penyesalan menghantui kita di akhirat kelak.

Tonton episod penuh ApeCer? di sini untuk refleksi diri dan temui panduan jelas daripada Bank Muamalat tentang bagaimana mencapai rezeki yang benar-benar berkat. Mungkin inilah langkah pertama kita menuju kehidupan yang lebih diberkati.

Rahsia Kewangan Islam, Urus Rezeki dengan Bijak & Berkat

Diterbitkan pada Februari 27, 2025

Di mana letaknya keberkatan rezeki? Adakah pada jumlahnya, cara ia diperoleh, atau bagaimana ia dibelanjakan?

Jom bongkar rahsia pengurusan kewangan Islam yang bukan sahaja bijak, tetapi juga penuh keberkatan melalui Podcast ApeCer Episod 1 ini.

#PodcastApeCer
#KehidupanLebihBaikBersama


Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.8750002.7170002.701000
BRUNEI DOLLARBND3.4310003.2320003.221000
CANADIAN DOLLARCAD3.1630003.0500003.033000
SWISS FRANCCHF5.1400004.9170004.899000
EURO EUR4.9430004.6690004.647000
STERLING POUNDGBP5.8900005.6300005.621000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.6720002.4800002.465000
SINGAPORE DOLLARSGD3.4310003.2320003.231000
UNITED STATES DOLLARUSD4.5650004.3190004.302000

2025-03-26 08:23:14