Tutup
EN
BM

Peribadi

Perniagaan

Tuntutan Takaful

Adakah pembiayaan anda dilindungi oleh Takaful? Ketahui cara untuk mengemukakan Tuntutan Takaful anda…

Tuntutan Takaful

Adakah pembiayaan anda dilindungi oleh Takaful? Ketahui cara untuk mengemukakan Tuntutan Takaful anda…

Apa itu Takaful?

Takaful adalah salah satu instrumen yang berasaskan kerjasama untuk memberi perlindungan/manfaat Takaful sekiranya ditimpa musibah. Ia berdasarkan prinsip kerjasama dan tolong-menolong. Takaful membantu individu dan perniagaan menguruskan risiko dengan menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku kejadian yang tidak dijangka seperti kemalangan, kematian, penyakit, kerosakan harta benda, atau kejadian-kejadian lain yang tidak dijangka tertakluk kepada terma dan syarat penyedia takaful masing-masing.

 

Bagaimana kami boleh membantu anda?

Di Bank Muamalat, kami komited untuk memastikan keselamatan kewangan dan ketenangan fikiran pelanggan kami. Sebagai sebahagian daripada komitmen kami, kami menawarkan perlindungan Pelan Takaful Keluarga Berkelompok (Group Credit Family Takaful (GCFT)) dan Pelan Takaful Tempoh Pengurangan Gadai Janji (Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT)) melalui panel Takaful untuk melindungi akaun pembiayaan sekiranya pelanggan tidak dapat membayar balik pembiayaan disebabkan oleh kematian atau hilang upaya menyeluruh/kekal (Total Permanent Disability (TPD)).

 

Cara untuk mengemukakan Tuntutan Takaful?

Mengemukakan tuntutan takaful adalah mudah. Ikuti langkah-langkah ini untuk memastikan proses yang lancar dan cekap:

  • Maklumkan kepada Bank: Sebaik sahaja berlaku peristiwa yang dilindungi takaful (seperti kemalangan/ hilang upaya menyeluruh/kekal), hubungi talian Khidmat Pelanggan kami di 03-2600 5500 atau kunjungi cawangan Bank Muamalat yang terdekat untuk memaklumkan tentang insiden tersebut.
  • Penyediaan Dokumen: Waris/ Pelanggan dikehendaki mengemukakan dokumen salinan asal yang diakui sah seperti berikut:
    Tuntutan Kematian Pelanggan Tuntutan Hilang Upaya Menyeluruh/Kekal (TPD)
    • Salinan Kad Pengenalan pelanggan BMMB
    • Salinan Kad Pengenalan pihak yang menuntut
    • Salinan sijil nikah/ hubungan diantara pelanggan dan pihak yang menuntut
    • Salinan Sijil Kematian pelanggan BMMB
    • Laporan Bedah Siasat (kes kemalangan)
    • Salinan Repot Polis (kes kemalangan)
    • Laporan Perubatan/Makmal (jika berkenaan)
    • Borang Tuntutan Keilatan yang dilengkapkan oleh pelanggan/pihak yang menuntut
    • Borang Keilatan – Kenyataan Doktor (enam bulan selepas berlakunya TPD) yang dilengkapkan oleh Doktor yang merawat
    • Laporan Perubatan (apabila pertama kali didiagnosis mengalami TPD)
    • Laporan Perubatan dari PERKESO (Keputusan Jemaah Doktor PERKESO)/Laporan Makmal (jika berkenaan)
    • Surat Pemberhentian Jawatan/Letak Jawatan dari Majikan (jika berkenaan)
    • Salinan Repot Polis (kes kemalangan)
    • Salinan Kad Pengenalan pelanggan

     

  • Lengkapkan Borang Tuntutan: Isi borang tuntutan dengan jelas, tepat dan lengkap. Pastikan semua maklumat yang diperlukan telah disertakan dan semua dokumen dilampirkan sebelum diserahkan kepada Cawangan Bank Muamalat.
  • Serahan Dokumen: Hantar borang tuntutan yang telah lengkap bersama dokumen sokongan ke Cawangan Bank Muamalat yang terdekat untuk pemeriksaan dan pengesahan lanjut.
  • Penilaian: Pihak Takaful akan menilai tuntutan anda setelah borang tuntutan yang lengkap beserta dokumen yang diperlukan diterima. Pihak Takaful akan menjalankan siasatan dan akan memohon dokumen tambahan jika perlu.
  • Keputusan dan Bayaran: Setelah tuntutan disahkan dan diluluskan, Pihak Takaful akan menentukan jumlah yang boleh dibayar berdasarkan terma-terma yang tertera di dalam polisi Takaful. Bayaran akan dikreditkan ke akaun Bank Muamalat untuk menyelesaikan atau mengurangkan baki akaun pembiayaan pelanggan.
  • Lebihan Kredit/Bayaran (Jika ada): Sekiranya terdapat lebihan kredit/ bayaran, pihak Bank akan menyerahkan jumlah lebihan kepada akaun deposit pelanggan atau waris sah atau Pentadbir Harta yang telah dilantik oleh Badan-Badan Berkuasa tempatan.

 

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan mengenai proses tuntutan Takaful, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami di 03-2600 5500 feedback@muamalat.com.my atau kunjungi cawangan Bank Muamalat yang terdekat.

 

SOALAN LAZIM

Ada soalan lagi? Dapatkan jawapan dalam Soalan Lazim di bawah:

  • FAQ mengenai Tuntutan Takaful untuk Kematian dan hilang upaya menyeluruh/kekal (Total Permanent Disability (TPD)).
  • Muat Turun Borang Tuntutan di sini

Anda juga mungkin meminati

Fidyah
iTEKAD
Sembang dengan kami sekarang!
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.9710002.8090002.793000
BRUNEI DOLLARBND3.3920003.1960003.185000
CANADIAN DOLLARCAD3.1820003.0690003.052000
SWISS FRANCCHF5.0940004.8740004.856000
EURO EUR4.8240004.5580004.536000
STERLING POUNDGBP5.7590005.5060005.497000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.7470002.5510002.536000
SINGAPORE DOLLARSGD3.3920003.1960003.195000
UNITED STATES DOLLARUSD4.4380004.2000004.183000

2024-10-18 08:37:31