Deklarasi Harta yang Diperolehi Bersama
Deklarasi yang dibuat oleh seseorang semasa hidup berkenaan harta atau manfaatnya, yang akan dilaksanakan bagi tujuan amal atau tujuan lain yang dibenarkan oleh Undang-Undang Islam, selepas kematiannya.
Ciri-ciri Deklarasi Harta Bersama yang Diperolehi Bersama-sama
- Kesan serta-merta ;
- Memberi bahagian lebih kepada suami atau isteri / isteri-isteri;
- Memudahkan proses pengagihan harta antara pasangan.
Kelebihan Deklarasi Harta Bersama yang Diperolehi Bersama-sama
- Semua pihak (suami & isteri/isteri-isteri) boleh memutuskan dan bersetuju tentang jumlah pengagihan;
- Melindungi hak suami dan isteri/isteri-isteri;
- Mempercepatkan proses pengagihan;
- Menjimatka masa dan kos;
- Deklarasi mencatatkan persetujuan antara pihak-pihak.
Suami dan isteri boleh membuat tuntutan Deklarasi Harta Bersama yang Diperolehi Bersama-sama TETAPI:
- Proses undang-undang adalah panjang dan memenatkan;
- Sumbangan perlu dibuktikan;
- Pengagihan dibuat mengikut ;
- Pertikaian;
- Kos yang tinggi terlibat.
Syarat-syarat untuk Deklarasi Harta Bersama yang Diperolehi Bersama-sama
- Harta yang diperolehi semasa perkahwinan yang sah;
- Harta yang diperolehi bukan melalui pewarisan atau hibah;
- Harta yang diperolehi bersama oleh kedua-dua pihak.