Pembiayaan Kenderaan-i Muamalat (MPO)
Kami menawarkan kemudahan pembiayaan kenderaan yang disesuaikan dengan keperluan khusus anda!
Produk ini distrukturkan berdasarkan kontrak Syariah Murabahah to the Purchase Orderer (MPO). Pengaturan MPO melibatkan gabungan Wa`d Mulzim (janji yang mengikat), Wakalah (Agensi), dan Rahn.
Pilihan anda untuk pembiayaan kenderaan patuh Syariah dan tanpa kerumitan. Nikmati sehingga 100% pembiayaan untuk pembelian kenderaan anda dengan jaminan kadar tetap kami.
Pakej
Pakej Pembiayaan Kenderaan Standard
Kelayakan Pelanggan
Pendapatan Kasar Bulanan Minimum:
- RM1,500
Umur kemasukan:
- Minimum 18 tahun dan maksimum 70 tahun (tidak boleh melebihi umur 75 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan)
Kewarganegaraan:
- Terbuka kepada warga Malaysia dan warga asing
Margin Pembiayaan
100%
Jenis-Jenis Kereta
Kereta Baharu, Terpakai, pra-milik dan import tidak berdaftar
Tempoh Pembiayaan
Sehingga 9 tahun
Kadar Keuntungan
Kadar rata
Dokumen Minimum Diperlukan
- Salinan MyKad (depan dan belakang)
- Salinan Pasport (warga asing)
- Salinan Lesen Memandu (depan dan belakang)
- Slip gaji 3 bulan terkini
- Penyata bank 3 bulan terkini
*Nota: BMMB berhak untuk meminta dokumen tambahan