Pembiayaan Kenderaan-i Muamalat (AITAB)
Kami menawarkan kemudahan pembiayaan kenderaan yang disesuaikan dengan keperluan khusus anda!
Produk ini distrukturkan berdasarkan kontrak Syariah Al-Ijarah Thumma Al-Bai’ (AITAB). AITAB ialah Penyusunan Ijarah utama (kontrak pajakan) dengan Bai’ (kontrak jual beli).
Pilihan anda untuk pembiayaan kenderaan patuh Syariah dan tanpa kerumitan. Nikmati sehingga 90% pembiayaan untuk pembelian kenderaan anda dengan jaminan kadar tetap kami.
Pakej
Pakej Pembiayaan Kenderaan Standard
Kelayakan Pelanggan
Pendapatan Kasar Bulanan Minimum:
- RM1,500
Umur kemasukan:
- Minimum 18 tahun dan maksimum 70 tahun (tidak boleh melebihi umur 75 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan)
Kewarganegaraan:
- Terbuka kepada warga Malaysia dan warga asing
Margin Pembiayaan
90%
Jenis-Jenis Kereta
Kereta Baharu, Terpakai, pra-milik dan import tidak berdaftar
Tempoh Pembiayaan
Sehingga 9 tahun
Kadar Keuntungan
Kadar rata
Dokumen Minimum Diperlukan
- Salinan MyKad (depan dan belakang)
- Salinan Pasport Warga Asing
- Salinan Lesen Memandu (depan dan belakang)
- Slip gaji 3 bulan terkini
- Penyata bank 3 bulan terkini
*Nota: BMMB berhak untuk meminta dokumen tambahan