Tutup
EN
BM

Peribadi

Perniagaan

Financing

Muamalat Pajak Gadai Islam (Ar Rahnu PRESTIGE)

Selamat Datang ke Muamalat Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu PRESTIGE)

Financing

Muamalat Pajak Gadai Islam (Ar Rahnu PRESTIGE)

Selamat Datang ke Muamalat Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu PRESTIGE)

Manfaat Produk

Nikmati pembiayaan sehingga RM1,000,000*
Tempoh sehingga 18 bulan
Kadar keuntungan tetap 0.9375% sebulan & caj dikira berdasarkan pembiayaan
Perlindungan takaful PERCUMA
Patuh syariah
Penilaian semula secara dalam talian yang mudah
Penerimaan jongkong emas (tanpa membuka sarung kedap udara) & Akaun Emas Muamalat -i (MG-i)

Harga Emas Harian

Kemas kini berkuatkuasa: 28/03/2025 9:00 am

No Mutu Emas Harga segram (RM)
1 750 360.79
2 835 401.68
3 875 420.92
4 916 440.64
5 950 457.00
6 999 480.57

Gadai barangan emas anda dan nikmati pembiayaan segera sehingga 80% daripada emas yang dicagarkan nilai dengan Pajak Gadai Islam di bawah Muamalat Ar Rahnu (Tawarruq).

Nikmati kadar keuntungan tetap sebanyak 11.25% p.a (0.9375% bulanan) berdasarkan jumlah pembiayaan dan tempoh sehingga 18 bulan.

Pajak Gadai Islam ialah skim Pajak Gadai Islam berasaskan konsep Syariah Tawarruq (Komoditi Murabahah) dan Rahn (Pajak Gadai).

Selamat Datang ke Muamalat Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu PRESTIGE)

Selamat datang ke Muamalat Pajak Gadai Islam (Ar Rahnu PRESTIGE), pilihan utama anda untuk pembiayaan patuh Shariah. Direka khas untuk perniagaan kecil dan syarikat persendirian, kami menawarkan penyelesaian pembiayaan yang cepat dan dipercayai untuk mengembangan perniagaan, inventori, atau kos operasi. Di Muamalat Pajak Gadai Islam, kami komited untuk menyokong pertumbuhan dan kejayaan perniagaan anda.

 

Istilah Penerangan
Konsep Tawarruq & Ar-Rahn
Kelayakan Pemohon
  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap, berumur 18 tahun ke atas
  • Tidak diisytiharkan muflis
  • Pelanggan sedia ada dengan rekod pembiayaan Ar-Rahnu minimum 6 bulan bersama BMMB.
  • Pelanggan sedia ada dengan rekod baik iaitu tiada rekod lelongan Ar-Rahnu, tiada rekod buruk di CCRIS dan CTOS.
  • Pelanggan perlu membuktikan keupayaan pembayaran dengan dokumen sokongan tambahan seperti Penyata Bank, pendapatan tambahan dari aktiviti perniagaan atau sebarang dokumen relevan lain yang mungkin diperlukan oleh Bank.
Margin Pembiayaan Sehingga 80% margin pembiayaan daripada nilai emas
Had Pembiayaan Maksimum:
a) RM1,000,000.00 setiap pelanggan untuk Emas (Bukan MG-i) dan Muamalat Emas-i (MG-i) (Fizikal dan Akaun)
Jenis Barang Gadaian
  • Emas/Barang Kemas (tanpa batu permata) bermutu 750, 835,875, 916, 917, 950, 999.
  • Menerima semua jenis jongkong emas/ syiling emas/ kepingan emas bermutu 916, 917, 950 dan 999 daripada semua tukang emas , institusi, pengedar sah kecuali mereka yang disenaraihitamkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), “Senarai Amaran Pengguna”, “Senarai Amaran Penipuan” dan “Senarai Amaran Keselamatan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)”.
  • Akaun Emas Muamalat -i – cagaran minimum 10 gram atau dengan penambahan gandaan 10 gram, contohnya 10gram, 20gram, 30gram.
Tempoh Pajak Gadai (Tempoh Pembiayaan) Sehingga 18 bulan, tertakluk kepada pembayaran servis kadar keuntungan setiap 6 bulan untuk sambungan hingga tempoh matang
Kadar Keuntungan Kadar keuntungan tetap 11.25% p.a atau 0.9375% sebulan dan ianya berdasarkan amaun pembiayaan.
Nota: Pelanggan yang layak dikehendaki membayar caj kadar keuntungan 6 bulan terlebih dahulu semasa pengeluaran pembiayaan. (HANYA tertakluk kepada akaun prestij dengan jumlah pembiayaan terkumpul melebihi RM500,000)
Pembayaran Pembayaran untuk caj kadar keuntungan dan pembiayaan boleh dibuat di cawangan kami, ATM. CDM dan perbankan internet
Penebusan Pajak Gadai Penebusan boleh dilakukan secara pembayaran tertunda atau sekaligus sebelum atau apabila matang

 

Kadar Keuntungan dikira berdasarkan Nilai Pembiayaan & Nilai Marhun

Contoh:

  1. Nilai Marhun (Nilai Emas)= RM10,000
  2. Pembiayaan (80%) = RM8,000
Pajak Gadai Konversional
Caj keuntungan (berdasarkan Pembiayaan)
2% Sebulan
RM8,000 x 2.00% = RM160.00 sebulan
Pajak Gadai islam
Caj keuntungan
(berdasarkan Nilai Marhun)
Caj keuntungan
(berdasarkan Pembiayaan BMMB)
11.25% Setahun
0.9378% Sebulan
11.25% Setahun
0.9375% Sebulan
RM10,000 x 0.94%
= RM94.00 sebulan
RM8,000 x 0.94%
= RM75.20 sebulan

 

Cara memohon
  • Pelanggan dikehendaki mengunjungi cawangan terdekat untuk memohon.
  • Bawa bersama kad pengenalan asal (NRIC).
  • Isi borang permohonan Ar-Rahnu PRESTIGE.

Kelulusan akan mengambil masa 7 hari bekerja. Setelah diluluskan, cawangan berkenaan akan memaklumkan kepada pemohon.

 

Our Values

“Tukar Emas kepada Wang Tunai sehingga 1 juta untuk membiayai perbelanjaan perniagaan anda, Takaful percuma, PILIHAN BIJAK!”

Ahmad, Peniaga Kecil

“Menunggu dana masuk? Memerlukan wang tunai segera untuk modal kerja perniagaan anda? Gadai akaun MG-i anda dan dapatkan wang anda pada hari yang sama di mana-mana bank pilihan anda. SANGAT CEPAT! ”

Raj, Kontraktor

“Perlukan tempat untuk menyimpan stok anda serta mendapatkan wang tunai untuk perniagaan? Kadar keuntungan kami adalah berdasarkan pembiayaan dan bukan nilai emas. RAKAN YANG DIPERCAYAI!”

Hong, Pemilik Kedai Emas

Anda juga mungkin meminati

Muamalat Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)
Amanah Saham Bumiputera (ASB) Berjangka-i
Sembang dengan kami sekarang!
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.8720002.7110002.695000
BRUNEI DOLLARBND3.4230003.2200003.209000
CANADIAN DOLLARCAD3.1560003.0390003.022000
SWISS FRANCCHF5.1470004.9170004.899000
EURO EUR4.9480004.6670004.645000
STERLING POUNDGBP5.8940005.6250005.616000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.6730002.4780002.463000
SINGAPORE DOLLARSGD3.4230003.2200003.219000
UNITED STATES DOLLARUSD4.5650004.3130004.296000

2025-03-28 08:14:55