Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin
Bank Muamalat Malaysia Berhad dengan kerjasama Jawatankuasa Tabung Mawaddah hari ini melancarkan Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin bagi membolehkan warga Bank, pelanggan dan orang ramai amnya menghulurkan sumbangan kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel.