Sayangi Malaysiaku
Khamis, 29 Ogos: Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini bakal menampilkan kelainan dengan menghidupkan semula suasana sambutan kemerdekaan pada 1957 di Laluan Warisan berhadapan Ibu Pejabat Bank Muamalat Jalan Melaka.
‘Sayangi Malaysiaku’ dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan tahun ini yang akan diadakan di Putrajaya pada 31 Ogos 2018. Aturcara bermula seawal dari jam 09.30 pagi dimulakan dengan perarakan jalur gemilang (Bendera Malaysia) bersama-sama dengan Y.Bhg Dato’ Haji Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad, bacaan doa, persembahan Koir lagu Negaraku, Jalur Gemilang, Sejahtera Malaysia dan Tanggal 31 Ogos seramai 25 orang kakitangan bagi membangkitkan semangat sempena hari kemerdekaan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato’ Haji Redza Shah Abdul Wahid. Semoga dengan penyatuan majlis ini dapat merapatkan lagi jurang diantara kakitangan dan pihak pengurusan.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 61.