Sambutan Jubli Perak Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Uda
Acara: Sambutan Jubli Perak Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Uda
Tempat: Jalan Sultanah, Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Uda
Masa: 7.30 am – 2.00 petang
Tarikh: 06 Februari 2010 (Sabtu)
Pada 06 Februari 2010 bertempat di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Uda, Alor Star, telah berlangsungnya carnival sempena sambutan Jubli Perak sekolah tersebut. Banyak agensi-agensi kerajaan dan swasta telah dijemput untuk memeriahkan sambutan itu. Antara yang turut serta dalam pameran termasuklah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Jabatan Bomba Negeri Kedah, Bank Islam Malaysia Berhad, Maybank dan tidak terkecuali Bank Muamalat Cawangan Souq Al Bukhary yang diwakili oleh Cik Syarifah, Tuan Haji Ishak, Puan Azril, En Abd Halim dan En Ibrahimi.
Kita juga ada menyumbang hadiah untuk temasya antaranya berbentuk hamper dan beg sekolah.Temasya mula meriah sejak jam 8 pagi dihadiri oleh ibu bapa dan anak-anak serta penduduk penduduk di kawasan berhampiran. Kaunter kita antara yang paling ramai dikunjungi oleh pelanggan. Kaunter yang dibuka mewakilkan produk utama iaitu akaun BeeStar-I dan lain-lain seperti produk tawarruk.
Akhirkata, kami dari Souq Al Bukhary berharap usaha untuk memperkenalkan produk Bank Muamalat kepada adik-adik sekolah, ibu bapa dan guru-guru membuahkan hasil yang baik. Sekian.
Disediakan oleh:
Syarifah Norasiah Aidid Syed Abdullah
Bank Muamalat Malaysia Berhad Souq Al Bukhary