Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Community

Sambutan Hari Pekerja 2012 “Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi”

Bank Muamalat Malaysia Berhad telah mengambil bahagian di dalam Majlis Perpaduan Sambutan Hari Pekerja 2012. Majlis ini diadakan untuk mengiktiraf dan menghargai sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara serta mengeratkan semangat kerjasama dan permuafakatan antara tiga pihak utama iaitu Kerajaan, Majikan dan Pekerja dalam usaha pembangunan negara serta membentuk semangat kerja berpasukan dengan suasana yang harmoni di antara majikan dan pekerja.

Pada tahun ini, Majlis Perpaduan Sambutan Hari Pekerja telah diadakan pada 12 Mei 2012 (Sabtu) bertempat di Tapak Pameran Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor Darul Ehsan. Tema tahun ini adalah ”Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi”. Buat pertama kalinya Bank Muamalat (seramai 40 orang) telah bergabung bersama dengan anak-anak syarikat DRB-Hicom. Diantara anak-anak syarikat yang mengambil bahagian ialah seperti Proton Holdings Berhad, Pos Malaysia Berhad, Alam Flora Sdn Bhd, Uniasia Insuran Berhad dan EON Berhad. Ia merupakan kontigen yang terbesar menghantar peserta iaitu seramai 308 orang bersempena sambutan perpaduan ini.

Y.A.B. Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia juga turut hadir sebagai tetamu kehormat dalam majlis perpaduan ini, hadir sama Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan. Antara amanat-amanat khas yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia adalah meningkatkan produktiviti syarikat selaras dengan kenaikan gaji, kerjasama ketiga-tiga pihak antara pekerja, majikan dan kerajaan, akan terus kukuh membentuk persefahaman dan kesepakatan jitu ke arah mewujudkan suasana dan perhubungan yang harmoni dan kondusif.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.9140002.7530002.737000
BRUNEI DOLLARBND3.4140003.2140003.203000
CANADIAN DOLLARCAD3.1870003.0720003.055000
SWISS FRANCCHF5.1080004.8840004.866000
EURO EUR4.8340004.5630004.541000
STERLING POUNDGBP5.7690005.5110005.502000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.7000002.5050002.490000
SINGAPORE DOLLARSGD3.4140003.2140003.213000
UNITED STATES DOLLARUSD4.5820004.3330004.316000

2024-12-16 08:40:58