Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Community

Projek Telekung Bank Muamalat Bersama Prasarana

Kuala Lumpur, 03 Mei 2017 – Bank Muamalat Malaysia Berhad sekali lagi membuktikan komitmennya di dalam memainkan peranan sebagai warga korporat yang bertanggungjawab melalui Projek Telekung dengan menyumbang barangan berjumlah RM10,000 kepada surau-surau di bawah pengurusan Rapid Rail Sdn Bhd.

Telekung kotor, lusuh, buruk dan berbau hapak seharusnya sentiasa dalam keadaan baik untuk memberikan keselesaan kepada orang ramai beribadah. Menyedari kepentingan itu, Bank Muamalat menjalankan Projek Telekung iaitu mengumpul, mencuci telekung dan menghantarnya semula ke surau yang sepatutnya. Selain itu, Bank Muamalat turut menyumbang barangan baru seperti telekung, sejadah, tasbih, selipar dan kain pelikat dan akan disalurkan ke 74 buah surau di sekitar stesen laluan Kelana Jaya/Ampang dan monorel.

Sumbangan disampaikan oleh Dato’ Hj. Mohd Redza Syah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad, kepada Y.Bhg. Dato’ Ir Zohari Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd di satu majlis khas yang diadakan di Pekarangan LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

“Kami berharap sumbangan ini dapat memberi manfaat jangka panjang kepada semua pengguna LRT terutamanya barangan seperti telekung, sejadah, tasbih, dan kain pelikat untuk kegunaan beribadah” kata Dato’ Hj. Mohd Redza Syah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Dato’ Hj. Mohd Redza Syah Abdul Wahid juga berkata, Projek Telekung ini adalah komitmen jangka panjang dan menuntut kerjasama setiap pihak untuk bersama-sama melakukan perubahan dalam menitikberatkan kebersihan semasa beribadah. Saya amat menghargai sumbangan setiap warga kerja Bank Muamalat serta Prasarana yang menjayakan Projek Telekung ini.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.9530002.7890002.773000
BRUNEI DOLLARBND3.4190003.2190003.208000
CANADIAN DOLLARCAD3.1910003.0750003.058000
SWISS FRANCCHF5.1730004.9450004.927000
EURO EUR4.9100004.6340004.612000
STERLING POUNDGBP5.7770005.5190005.510000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.7400002.5420002.527000
SINGAPORE DOLLARSGD3.4190003.2190003.218000
UNITED STATES DOLLARUSD4.4950004.2500004.233000

2024-11-01 08:32:35