Program Tanggungjawab Sosial Bersama Anak-Anak Yatim – Menonton Wayang “Bola Kampung The Movie”
Di dalam al-Quran banyak memberitahu agar anak-anak yatim dibela nasibnya. Perbuatan membantu dan memberi makan anak-anak yatim merupakan perbuatan yang mulia, malah ia di antara keutamaan amalan soleh yang wajar diberi perhatian oleh setiap mukmin.
ALLAH swt melarang manusia berbuat zalim terhadap mereka. Malah, seseorang yang berlaku zalim, tidak menjaga hak dan memberi makan anak yatim dianggap sebagai mendustakan agama. Mereka tidak pernah meminta untuk dibelai kasih dan sayang tetapi mereka perlu meneruskan hidup untuk menjadi manusia yang soleh dan mempunyai kehidupan seperti insan lain.
Sebagai menyahut seruan kerajaan dalam menjayakan program amal atau tanggungjawab sosial bagi setiap organisasi di Malaysia, Bank Muamalat Malaysia Berhad telah mengambil inisiatif bagi membantu golongan anak-anak yatim dengan mengadakan program menonton wayang “Bola Kampung The Movie” pada 30 Mac 2013, bertempat di Golden Screen Cinema, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Seramai lebih kurang 500 orang anak-anak yatim telah hadir dari 10 buah pusat jagaan disekitar Lembah Klang bagi memeriahkan lagi program ini.
Antaranya adalah:
Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya.” Hadis Riwayat Ibnu Majah.
Program ini bukan sahaja dapat memberi peluang kepada kakitangan untuk beramah mesra dengan anak-anak yatim, malah juga dapat memupuk keinsafan dan kesyukuran dalam diri kakitangan itu sendiri. Semoga kami dapat meneruskan lagi aktiviti seperti ini di masa akan datang.
InsyaAllah…