Program Refleksologi (Malaysia Association of the Blind) bersama Orang-orang Tua Di Kuala Kubu Bharu
Kuala Kubu Bharu- 23 April 2016, Bank Muamalat Malaysia Berhad sekali lagi bertandang ke Rumah Ehsan, Kuala Kubu Bharu bersama Malaysia Association of the Blind bagi program refleksologi (urutan) kepada penghuni Rumah Ehsan atau dikenali sebagai pusat jagaan warga tua. Bank Muamalat juga telah menyumbang berupa bungkusan makanan, minuman serta tuala sebagai buah tangan kepada mereka. Program yang dikenali sebagai 2 dalam 1 ini juga dapat merapatkan lagi tali silaturahim antara warga cacat penglihatan dan warga tua.
Program tanggungjawab sosial seumpama ini seharusnya diperbanyakan bagi semua organisasi untuk mendekatkan diri serta sikap keperihatian kepada mereka yang memerlukan perhatian.