Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Environmental

Program Penyemaian, Pembenihan Pokok Bakau dan River Cruise, Bagan Lalang

SEPANG, 22 Sept 2014. – Bank Muamalat Malaysia Berhad telah menganjurkan satu program tanggungjawab sosial korporat terhadap alam sekitar iaitu “Aktiviti Peyemaian dan Pebenihan Pokok Bakau” dipersisiran pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor. Program ini adalah untuk memupuk semangat cintakan alam semulajadi dan mewujudkan kesedaran di kalangan kakitangan mengenai kepentingan melindungi dan memulihara ekosistem hutan bakau yang semakin diancam kemusnahan, ia juga adalah untuk mendedahkan kepada peserta tentang cara-cara penanaman pokok bakau dan semangat setiakawan dan hubungan di antara kakitangan dan pihak pengurusan. Seterusnya, nilai-nilai murni dapat disemai dalam diri para peserta.

Seramai 60 orang kakitangan bersama keluarga telah mengambil bahagian dalam program tersebut. Turut hadir bagi memeriahkan lagi acara ialah Y.Bhg Dato’ Hj Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Muamalat Malaysia Berhad, En. Adinor Mohamed Yunus, Pemangku Ketua Pegawai Risiko dan Profesor Ahmad Ismail, Pengerusi Malaysian Nature Society. Profesor Ahmad Ismail berkata, program seperti ini adalah penting bagi mengekalkan kehijauan persisiran pantai di setiap negeri di Malaysia kerana bagi menghalang dari berlakunya hakisan dari ombak khususnya bila tiba musim tengkujuh.

Pada majlis tersebut pihak Bank Muamalat telah menyumbang sebanyak RM5000.00 kepada Malaysian Nature Society sebagai tanda memberi kerjasama untuk kempen pemuliharaan pokok bakau dan cintakan alam sekitar. Selain daripada itu Y.Bhg. Dato’ Haji Mohd Redza Shah juga telah merasmikan sebuah pondok wakaf yang terletak di pantai Bagan Lalang untuk kegunaan awam bagi tujuan rekreasi dan riadah.

Taklimat tentang cara penyemaian benih bakau telah disampaikan oleh pegawai Malaysian Nature Society pada jam 10.30 pagi. Sebanyak 80 benih bakau telah disemai oleh peserta dan semua peserta telah didedahkan bagaimana pokok bakau hidup dan kepentingannya kepada ekosistem alam sekitar dipersisiran pantai.

Pada jam 12 tengahari, para perserta telah dibawa menyusuri pantai Bagan Lalang dengan menaiki bot untuk melihat lebih jelas hutan paya bakau di persisiran pantai dan muara. Dengan adanya program seperti ini, para peserta dapat menimba ilmu dan didedahkan betapa pentingnya pokok bakau kepada alam sekitar.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.8600002.7050002.689000
BRUNEI DOLLARBND3.4350003.2380003.227000
CANADIAN DOLLARCAD3.1260003.0160002.999000
SWISS FRANCCHF5.1530004.9310004.913000
EURO EUR4.9620004.6880004.666000
STERLING POUNDGBP5.8550005.5980005.589000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.6540002.4650002.450000
SINGAPORE DOLLARSGD3.4350003.2380003.237000
UNITED STATES DOLLARUSD4.5580004.3140004.297000

2025-03-11 08:34:21