Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Community

Program Memberi Makanan Kepada Golongan Gelandangan Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur

Golongan gelandangan adalah golongan yang kurang bernasib baik dan harus didekati dan bukan dipinggirkan. Mereka tidak mempunyai tempat tinggal, tiada pekerjaan dan pendapatan untuk menyara hidup mereka. Kita sebagai umat Islam khususnya haruslah prihatin terhadap nasib golongan gelandangan ini yang mengharapkan belas ihsan orang ramai bagi membantu mereka dalam meneruskan penghidupan mereka.

Tabung Mawaddah (TM) telah mengambil inisiatif untuk membantu golongan ini dengan menghulurkan bantuan melalui program memberi makanan kepada golongan gelandangan ini. Mudah-mudahan program yang dijalankan ini dapat menzahirkan bahawa masih ada pihak yang prihatin terhadap golongan terpinggir seperti golongan gelandangan ini.

Dalam pada itu, bagi menjayakan initiatif ini Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur telah bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak Bank (Tabung Mawaddah). Alhamdulillah, program telah bermula bermula pada 20 Januari 2012 dengan pemberian nasi bungkus untuk 150 orang untuk 4 hari setiap minggu iaitu hari Jumaat selepas waktu Asar diikuti Sabtu, Ahad dan Isnin selepas waktu Zohor.

Diharapkan dengan adanya program seperti ini ianya dapat meningkatkan kesedaran memberikan sedekah di kalangan kakitangan khususnya dan masyarakat amnya supaya dapat mewujudkan satu masyarakat penyayang yang saling mengambil berat antara satu sama lain. Semoga usaha kita ini mendapat kerahmatan dan keberkatan dari Allah swt InsyaAllah.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.9870002.8210002.805000
BRUNEI DOLLARBND3.4250003.2240003.213000
CANADIAN DOLLARCAD3.2320003.1140003.097000
SWISS FRANCCHF5.1340004.9070004.889000
EURO EUR4.8660004.5920004.570000
STERLING POUNDGBP5.8350005.5720005.563000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.7710002.5700002.555000
SINGAPORE DOLLARSGD3.4250003.2240003.223000
UNITED STATES DOLLARUSD4.5480004.2990004.282000

2024-11-12 08:40:16