Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Community

Program “Ku Singkap Tirai Kasih” Jabatan Pengurusan Dokumen Bersama Asrama Kebajikan Anak-Anak Yatim Sekendi (DMD – AKAYS)

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda, ”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua jari ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).

Untuk memikul tanggungjawab besar ini, Jabatan Pengurusan Dokumen (DMD), Bank Muamalat Malaysia Berhad telah mengadakan Program “Ku Singkap Tirai Kasih” di Asrama Kebajikan Anak-Anak Yatim Sekendi (AKAYS) bertujuan untuk mengurus dan mengembirakan anak-anak yatim di Sabak Bernam Selangor. Program ini telah dimulakan sejak dari 10hb Mei 2014 lagi bermula dengan aktiviti gotong royong and minggu berikutnya adalah kemuncak aktiviti berlangsung selama 2 hari pada 17hb dan 18 Mei 2014 (Sabtu dan Ahad).

Mengenai AKAYS, ianya diterajui oleh Ustaz Halimi Bin Hayat (seorang OKU) yang dikenali dengan panggilan ‘abah’ dikalangan penghuni disini serta dibantu oleh beberapa kakitangan operasi yang terdiri daripada 14 orang pekerja termasuk 3 orang guru/ustaz. Setakat ini, AKAYS mempunyai 50 orang pelajar di mana 27 adalah putera dan yang selebihnya 23 adalah puteri.

Selari dengan tuntutan hadith tersebut, objektif utama Program ini ialah untuk meraikan dan menjalinkan ukhuwah di antara kakitangan DMD dengan anak yatim di AKAYS. Program ini telah di pelbagaikan matlamatnya diantara lain untuk membantu anak yatim melalui sumbangan kewangan, pemberian barangan makanan dan aktiviti riadah/permainan bersama mereka. Pencapaian bernilai tinggi ialah gotong-royong untuk mentransformasikan Bilik Bacaan/Riadah serta Asrama Lelaki dan Perempuan dari keadaan dhaif kepada ceria dan berseri.

Untuk merialisasikan objektif di atas, pada 10hb Mei 2014, aktiviti gotong royong pertama telah diadakan khusus untuk membersihkan, mengecat dan menyusun atur perabot dalam Bilik Bacaan/Riadah. Menariknya, seramai 50 orang sukarelawan daripada KTM Duke Malaysia dan Lady Bikerz telah sama-sama hadir membantu aktiviti tersebut. Disamping itu, Asrama Lelaki dan Perempuan turut mendapat wajah baru melalui aktiviti memasang langsir, membersihkan, menghias dan menyusun atur perabot.

Hari kemuncak Program adalah pada 17hb & 18hb Mei 2014 yang disertai oleh kira-kira 200 orang yang terdiri daripada kakitangan DMD dan keluarga, kakitangan Jabatan Komunikasi Korporat, kakitangan Jabatan Shariah, kakitangan Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan, Krew TV Alhijrah, Wakil Surau Al-Ukhuwah, Seksyen 8/31 Bandar Baru Bangi, Wakil Dewan Bahasa dan Pustaka, Pejabat Pelajaran Daerah Wilayah Persekutuan bersama pelajar sekolah sekitar Kuala Lumpur dan pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Seterusnya, dalam usaha meningkatkan sahsiah dan keperibadian Anak-Anak Yatim, aktiviti Solat Fardhu Berjemaah, Tazkirah, Program Motivasi dan Qiamullail telah diadakan pada malam 17 Mei & pagi 18 Mei 2014. Tazkirah Maghrib telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fikri Bin Mohd Paudzi dari Jabatan Shariah manakala Program Motivasi selepas Isyak dan Qiamullail telah dipimpin oleh Ustaz Mohamad Khailil Bin Razak daripada Kunu Mithlana Training & Consultancy.

Hari terakhir Program telah dimeriahkan lagi dengan aktiviti Sukaneka yang melibatkan Anak-Anak Yatim serta kakitangan dan keluarga. Sebanyak 6 jenis permainan telah dijalankan antaranya Sudu & Ping Pong, Mencari Harta Karun, Belon Beracun, Span Basah, Kreativiti Botol Air dan Rebut Kerusi antara kakitangan dan Anak Yatim. Kemudian, majlis diteruskan dengan pelancaran Bilik Bacaan/Riadah yang dinamakan dengan nama baru iaitu Dewan Al-Khawarizmi. Program kemudiannya berakhir dengan Majlis Penyampaian Hadiah Sumbangan/Cenderamata yang telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Pengurusan Dokumen, Encik Abdul Rashid Bin Ibrahim kepada Ustaz Halimi Bin Hayat, Anak-Anak Yatim, kakitangan sekeluarga dan para tetamu yang hadir.

Program “Ku Singkap Tirai Kasih” telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Diharap, aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.8720002.7110002.695000
BRUNEI DOLLARBND3.4230003.2200003.209000
CANADIAN DOLLARCAD3.1560003.0390003.022000
SWISS FRANCCHF5.1470004.9170004.899000
EURO EUR4.9480004.6670004.645000
STERLING POUNDGBP5.8940005.6250005.616000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.6730002.4780002.463000
SINGAPORE DOLLARSGD3.4230003.2200003.219000
UNITED STATES DOLLARUSD4.5650004.3130004.296000

2025-03-28 08:14:55