Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Community

Program Bicara Semanis Kurma “Keluarga Syurgawi”

Pada 20 Mac 2012 jam 12.30 tengahari, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menganjurkan satu program ceramah yang bertajuk “Bicara Semanis Kurma: Keluarga Syurgawi”.

Program yang berlangsung selama satu jam setengah ini telah diadakan di Bilik Persidangan 1-4, Aras 6, Menara Bumiputra, Ibu Pejabat. Penceramah tersohor negara iaitu YBhg. Dato’ Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dan suami beliau; Al-Fadhil Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid telah berkongsi 7 tips dalam membentuk Keluarga Syurgawi.

Antara tips yang diberikan ialah kepentingan bagi seseorang muslim untuk memastikan sumber pendapatan atau rezeki yang diperolehi adalah dari sumber yang HALAL. Kepentingan mengeluarkan zakat turut ditekankan kerana zakat telah disyariatkan kepada umat Islam dengan tujuan untuk membersihkan harta dan jiwa.

Pada hari yang sama juga, pihak PPZ turut membuka kaunter info PPZ bagi kakitangan yang berminat untuk melaksanakan pembayaran zakat melalui potongan gaji bulanan.

Program ceramah yang dihadiri oleh lebih daripada 500 kakitangan Bank Muamalat ini berakhir pada pukul 1.50 petang dengan upacara penyerahan cenderahati oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, YBhg. Dato’ Hj. Mohd Redza Shah Abdul Wahid kepada kedua-dua penceramah dan Pengerusi PPZ, Dato’ Haji Mustafa bin Abdul Rahman. Kemudiannya, Pengerusi PPZ telah menyerahkan sumbangan PPZ sebanyak RM6000.00 kepada Tabung Kebajikan II untuk disalurkan kepada warga kerja Bank yang memerlukan.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.8790002.7220002.706000
BRUNEI DOLLARBND3.4440003.2450003.234000
CANADIAN DOLLARCAD3.2140003.1000003.083000
SWISS FRANCCHF5.3920005.1590005.141000
EURO EUR5.1330004.8490004.827000
STERLING POUNDGBP5.9760005.7140005.705000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.7530002.5560002.541000
SINGAPORE DOLLARSGD3.4440003.2450003.244000
UNITED STATES DOLLARUSD4.5020004.2610004.244000

2025-04-25 08:39:54