Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Community

Program Beramal Dan Menyumbang Untuk Insan-Insan Rohingya

Masyarakat Rohingya merupakan antara kelompok masyarakat yang menghadapi ujian getir dan keadaan mencabar hampir tanpa henti sejak berpuluh tahun dahulu. Masalah serta cabaran yang dihadapi kian meruncing sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila berlaku konflik dan pertembungan kepentingan di antara kumpulan etnik berbeza di Rakhine, Myanmar. Etnik Rohingya yang beragama Islam, merupakan kumpulan yang paling banyak menerima kesan negatif dan musibah akibat daripada pertikaian yang meruncing pada tahun lepas.

Setelah sekian lama hidup dalam keadaan yang terpinggir, masyarakat Rohingya sudah sememangnya menghadapi dugaan yang mencabar dalam mengharungi kehidupan seharian dengan kemudahan serta kelengkapan yang serba kekurangan. Antara sektor yang mengalami kekangan adalah sektor kesihatan serta pengairan dan sanitasi. Kedua-dua sektor ini mempunyai hubung-kait secara langsung dengan keadaaan kesihatan individu dan juga kesihatan awam masyarakat.

Pada 14 Jun 2015 yang lalu, Bank Muamalat Malaysia Berhad telah terpanggil untuk menyumbang tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat yang memerlukan. Bank Muamalat telah berkoliberasi dengan Rizq-Ar-Rahman bagi sama-sama berganding bahu memberi sumbangan kepada masyarakat Rohingya yang berada di tanah air Malaysia. Antara sumbangan yang diberikan adalah berupa kain batik, kain pelekat dan boucer Aeon. Program ini telah diadakan di perkarangan Surau Al-Islamiah, Kampung Tasik Permai, Ampang. Turut hadir pada program tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dato’ Hj Mohd Redza Shah, kakitangan Bank Muamalat, sukarelawan Rizq-Ar-Rahman serta masyarakat setempat.

Dengan adanya program seperti ini sedikit sebanyak dapat memberikan sedikit keceriaan di hati masyarakat Rohingya.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.8610002.7010002.685000
BRUNEI DOLLARBND3.4010003.2000003.189000
CANADIAN DOLLARCAD3.1590003.0430003.026000
SWISS FRANCCHF5.0880004.8610004.843000
EURO EUR4.8140004.5420004.520000
STERLING POUNDGBP5.7470005.4870005.478000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.6450002.4520002.437000
SINGAPORE DOLLARSGD3.4010003.2000003.199000
UNITED STATES DOLLARUSD4.6020004.3490004.332000

2024-12-27 08:38:30