Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Community

Penyerahan Sumbangan Zakat Perniagaan Bank Muamalat Malaysia Berhad

Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Berlandaskan firman Allah SWT diatas, pihak pengurusan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) telah bersetuju untuk membayar wang zakat perniagaan yang berakhir pada Mac 2010 yang lalu. Jumlah keseluruhan zakat perniagaan yang telah dikeluarkan oleh pihak BMMB ialah sebanyak RM3.2 juta dimana 50% dibayar kepada Pusat-Pusat Pungutan Zakat di seluruh Negeri dan 50% lagi dimasukkan ke dalam Tabung Mawaddah. Justeru itu bersempena dengan “management roadshow v” yang telah dijalankan oleh pihak pengurusan baru-baru ini, pihak Jawatankuasa Tabung Mawaddah telah mengambil inisiatif untuk sama-sama turut serta mengadakan satu majlis khas bagi menyerahkan sendiri cek-cek zakat perniagaan tersebut kepada wakil-wakil pusat zakat seluruh negara yang berjumlah RM1, 593,703.10.

Berikut disertakan lokasi pengagihan zakat yang telah diadakan :-

Tarikh Tempat Penyerahan Nama Pusat Pungutan Zakat Jumlah Zakat
26/12/10 PPZ MAIWP Kuala Lumpur PPZ MAIWP Kuala Lumpur RM121,000.00
26/12/10 Jabatan Zakat Negeri Kedah Jabatan Zakat Negeri Kedah RM120,000.00
17/02/11 Rumah Ketua Menteri Melaka Pusat Zakat Melaka RM104,054.08
19/02/11 Penang Golf Resort, Kepala Batas,Penang
  • Pusat Urus Zakat P.Pinang
  • Majlis Agama Islam Perak
  • Baitulmal Negeri Perlis
  • RM104,054.08
    RM104,054.08
    RM104,054.08
    23/02/11 Bank Muamalat Malaysia Berhad, Tingkat 6, Menara Bumiputera, Kuala Lumpur
  • Lembaga Zakat Selangor
  • Pusat Zakat Negeri Sembilan
  • RM120,720.75
    RM104,054.08
    25/02/11 Le Meridian, Kota Kinabalu, Sabah
  • Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan Labuan
  • Pusat Zakat Sabah (MUIS)
  • RM54,054.13
    RM120,720.75
    26/02/11
  • The Katerina Hotel, Batu Pahat,Johor
  • Four Points, Kuching, Sarawak
  • Permai Inn,Kuala Terengganu, Terengganu
  • Majlis Agama Islam Johor
  • Tabung Baitul Mal Sarawak
  • Pusat Zakat Pahang
  • Majlis Agama Islam Terengganu
  • Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
  • RM104,054.08
    RM104,054.08
    RM104,054.08
    RM104,054.08
    RM120,720.75
    23/02/11 Bank Muamalat Malaysia Berhad,Tingkat 6, Menara Bumiputera, Kuala Lumpur Tabung Mawadddah RM1,593,703.10

    Turut bersama dalam menjayakan majlis pengagihan zakat ini ialah Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Yang Berusaha En. Musa Abd Malek, Yang Berusaha En. Mohd Asri Awang dan Yang Berusaha En. Peermohamed Bin Ibramsha, serta pihak pengurusan kanan Bank Muamalat Malaysia Berhad. Diharapkan dengan adanya majlis seperti ini, ianya akan dapat meningkatkan kesedaran kakitangan untuk menunaikan kefarduan zakat dan akhirnya akan dapat mewujudkan satu masyarakat yang saling mengambil berat antara satu sama lain terutamanya kepada isi rumah Muslim yang mengalami kemiskinan tegar agar dapat dikurangkan secara beransur-ansur.Semoga usaha kita ini mendapat kerahmatan dan keberkatan dari Allah swt dalam menjalankan perniagaan ini. InsyaAllah.

    Chat with us on
    WhatsApp
    AUSTRALIAN DOLLARAUD2.9530002.7890002.773000
    BRUNEI DOLLARBND3.4190003.2190003.208000
    CANADIAN DOLLARCAD3.1910003.0750003.058000
    SWISS FRANCCHF5.1730004.9450004.927000
    EURO EUR4.9100004.6340004.612000
    STERLING POUNDGBP5.7770005.5190005.510000
    NEW ZEALAND DOLLARNZD2.7400002.5420002.527000
    SINGAPORE DOLLARSGD3.4190003.2190003.218000
    UNITED STATES DOLLARUSD4.4950004.2500004.233000

    2024-11-01 08:32:35