Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Workplace

Pemeriksaan Kesihatan (Diabetes dan Tekanan Darah Tinggi)

Bolehkah anda bayangkan jika anda terpaksa hidup tanpa deria penglihatan, menggunakan kerusi roda akibat strok, tekanan darah tinggi dan berisiko tinggi mengalami serangan jantung sedangkan belum lagi mencecah umur 40 tahun.

Itulah apa yang menanti pesakit diabetes yang tidak atau gagal mengawal penyakitnya, sama ada kerana tidak mengubah gaya hidup, tidak mahu mengambil ubat atau mengambil ubat tradisional sesuka hati. Keadaan diburukkan lagi jika di kalangan mereka ini telah lama menghidap diabetes, sejak dari usia muda lagi.

Manakala tekanan darah tinggi ‘high blood pressure/ hypertension’ merupakan satu penyakit yang sentiasa kita dengar dalam masyarakat kita. Penyakit ini merupakan penyakit yang dapat dilihat komplikasinya setelah bertahun-tahun kita menghidapnya secara senyap. Penyakit ini sangat berbahaya kerana dapat merosakkan saluran darah kita dan organ dalaman.

Bank Muamalat Malaysia Berhad dengan kerjasama Hospital Assunta, Petaling Jaya telah mengadakan pemeriksaan kesihatan berkaitan diabetes dan tekanan darah tinggi secara percuma bagi 150 orang kakitangan terawal pada hari terakhir Kempen Minggu Kesihatan iaitu pada 14 Mac 2013 dari jam 10.30 pagi hingga 4.30 petang, bertempat di tingkat 6, Menara Bumiputra.

Walaubagaimanapun, amalan gaya hidup yang sihat dan amalan pengambilan makanan seimbang dapat menghindari serta mengurangkan peratusan pesakit dimasa akan datang.

“Badan Sihat, Minda Cergas”

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.8670002.7120002.696000
BRUNEI DOLLARBND3.4260003.2300003.219000
CANADIAN DOLLARCAD3.1450003.0350003.018000
SWISS FRANCCHF5.1350004.9160004.898000
EURO EUR4.9620004.6900004.668000
STERLING POUNDGBP5.8870005.6310005.622000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.6800002.4890002.474000
SINGAPORE DOLLARSGD3.4260003.2300003.229000
UNITED STATES DOLLARUSD4.5530004.3110004.294000

2025-03-21 08:09:16