Majlis Perasmian Bangunan Darussyifa’ Negeri Melaka Sumbangan Tabung Mawaddah
Melaka, 14 Ogos 2016 – Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) melalui Tabung Mawaddah (TM) telah melaksanakan satu lagi Tanggungjawab Sosial Korporat di atas sumbangan wang tunai sebanyak RM73,092.70 (Tujuh Puluh Tiga Ribu Sembilan Puluh Dua Ringgit dan Tujuh Puluh sen sahaja) bagi tujuan membaik pulih bangunan Darussyifa’ Melaka.
Bangunan ini telah dirasmikan sendiri oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif, BMMB dan dan disaksikan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, Penaung Darussyifa’ Malaysia . Akhir kalam, semoga dengan adanya program seperti ini ia akan mewujudkan kesedaran kakitangan dalam memberikan sumbangan dan akhirnya membentuk masyarakat yang saling bantu membantu dan mengambil berat di antara satu sama lain.