Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Workplace

Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengurusan Tertinggi BMMB

Sempena kehadiran bulan Ramadhan AlMubarak 1433H, pihak pengurusan Tertinggi Bank Muamalat Malaysia Berhad telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa bersama kakitangan bank yang terdiri daripada kakitangan Eksekutif, kakitangan perkeranian serta kakitangan bukan perkeranian.

Majlis ini telah diadakan di Kuala Lumpur Golf and Country Club pada 29hd Julai 2012. Majlis yang dihadiri oleh lebih 100 kakitangan ini turut dimeriahkan dengan kehadiran pasangan dan anak-anak kakitangan. Majlis ini dimulakan seawal jam 6.30 petang dengan upacara pemberian duit raya oleh isteri-isteri pihak pengurusan tertinggi . Penganjur turut menjemput adik Umar Hasfizal untuk mengalunkan ayat suci Al-Quran sementara menunggu azan Maghrib dan masuknya waktu berbuka puasa. Setelah menjamu juadah berbuka dan menunaikan solat maghrib berjemaah, majlis diteruskan dengan upacara kemuncak iaitu cabutan nombor bertuah. Pihak pengurusan telah menyediakan 39 hadiah berupa hamper dari Sogo dan barangan elektrik.

Semoga majlis sebegini dapat mengeratkan lagi ukhuwah dan hubungan kekeluargaan di antara kakitangan dan pihak pengurusan.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.9710002.8090002.793000
BRUNEI DOLLARBND3.3920003.1960003.185000
CANADIAN DOLLARCAD3.1820003.0690003.052000
SWISS FRANCCHF5.0940004.8740004.856000
EURO EUR4.8240004.5580004.536000
STERLING POUNDGBP5.7590005.5060005.497000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.7470002.5510002.536000
SINGAPORE DOLLARSGD3.3920003.1960003.195000
UNITED STATES DOLLARUSD4.4380004.2000004.183000

2024-10-18 08:37:31