Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Community

Lawatan Amal Ke Rumah Anak-Anak Yatim Al-Nasuha (Al-Rayn) Gombak

Syukur Alhamdulillah, di atas kesungguhan dan kegigihan Jabatan Pematuhan Bank Muamalat Malaysia Berhad (Compliance Department) yang di ketuai oleh Ketua Jabatan, Puan Norsrah Mohd Isa, hasrat untuk beramal dan membantu anak-anak yatim Islam di rumah Anak-Anak Yatim Al-Nasuha (Al-Rayn), Gombak terlaksana juga pada hari Rabu, 11 April 2012 bersamaan 19 Jamadil Akhir 1433 Hijrah. Al-Rayn beroperasi di No 5 Jalan GP3/3,Taman Gombak Permai, Batu Caves yang merupakan 2 buah rumah teres 2 tingkat yang disewa dijadikan sebagai kediaman, asrama dan pejabat mereka. Seramai 52 anak-anak yatim menghuni Al- Rayn yang terdiri daripada 28 lelaki dan 24 perempuan berusia antara 2 bulan hingga 17 tahun.

Kunjungan dan ketibaan kami di sambut dengan meriah oleh penyelia, Puan Fatimah Hussin atau dengan panggilan mesranya Ummi dan penghuni rumah Al-Rayn. Terpancar keriangan di wajah-wajah ceria mereka walaupun disebalik keceriaan itu terpendam seribu harapan semoga kedatangan kami dapat meringankan sedikit beban yang mereka hadapi selain dari merasai dan meninjau keadaan kehidupan mereka di situ.

Di hari kunjungan itu, Jabatan Pematuhan menghulurkan sumbangan 25 bungkus besar lampin kanak-kanak dimana setiap satu berisi 60 keping lampin pakai buang, 15 kilo susu tepung, 40 kilo beras, 2 tin besar biskut dan beberapa makanan keperluan harian seperti milo, kicap dan lain-lain. Selain itu, kami meraikan mereka dengan menjamu semua penghuni Al-Rayn dengan makanan Kentucky Fried Chicken (KFC). Kunjungan kami juga menyerahkan sumbangan wang tunai yang dihulurkan oleh Jabatan Pengurusan Projek beserta beberapa kotak pakaian terpakai pelbagai jenis manakala Jabatan Kewangan menyumbangkan barangan yang terdiri dari baju-baju terpakai, permainan kanak-kanak, botol susu dan beberapa jenis barang mandian.

Walaupun sumbangan itu tidaklah seberapa, , namun ianya amat bermakna dan besar ertinya untuk anak-anak di Al-Rayn bagi meneruskan kehidupan seharian dan hari-hari mendatang. Semoga dengan sumbangan yang diterima dapat meringankan serba sedikit tanggungan pihak penyelia dan kakitangan rumah kebajikan tersebut.

Kami akan pastikan kedatangan dan kunjungan pada hari tersebut bukanlah untuk kali terakhir dan berhasrat untuk menghulurkan bantuan di masa akan datang.

Insyaallah.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.8270002.6720002.656000
BRUNEI DOLLARBND3.3640003.1680003.157000
CANADIAN DOLLARCAD3.1060002.9940002.977000
SWISS FRANCCHF4.9690004.7530004.735000
EURO EUR4.7400004.4760004.454000
STERLING POUNDGBP5.6140005.3650005.356000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.6160002.4280002.413000
SINGAPORE DOLLARSGD3.3640003.1680003.167000
UNITED STATES DOLLARUSD4.5190004.2760004.259000

2025-01-28 11:09:00