Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Workplace

LAMBAIAN KAABAH 2016

LAMBAIAN KAABAH 2016

Menjalani ibadah Umrah dan juga ibadah puasa di bulan Ramadhan di Tanah Suci amat besar ganjaran pahalanya. Malah ada hadis Nabi s.a.w yang menyatakan “sesiapa yang melakukan Umrah dalam bulan Ramadhan seolah-olah mereka mengerjakan Haji bersama-sama denganku.” Allahuakbar. Menunaikan ibadah Umrah dibulan Ramadhan menyamai ganjaran pahala Haji.

Sepertimana setiap kali menjelangnya Ramadhan, Bank Muamalat Malaysia Berhad dibawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat telah menghantar kakitangannya untuk menunaikan Umrah. Pada tahun ini seramai 6 orang kakitangan beserta pasangan telah dipilih antara mereka adalah Ahmad Faizin Bin Mohammad dari cawangan Bintulu, Wan Noor Suraya Binti Wan Semail dari cawangan Kota Bharu, Mohd Hafiz Bin Hamzah dari cawangan Melaka, Wan Rosli Wan Mansor dari cawangan Ipoh, Nur Farazella Binti Hussin dari Regional Office East Coast dan Noor Akmal Duki dari Ibu Pejabat.

Semua Jemaah berangkat ke Tanah Suci dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat ETIHAD pada 1 Jun 2016 dan transit di Lapangan Terbang Abu Dhabi dan seterusnya ke Lapangan Terbang Madinah Al Munawarah. Seterusnya perjalanan kami ke hotel dengan menaiki sebuah van sambil mengamati pemandangan dipersekitaran kota Madinah. Sebak dihati tak terkata apabila perasaan bercampur syukur kerana berpeluang mengerjakan Umrah pada bulan Ramadhan.

Sebelum menunaikan solat zuhur, pihak Tradewinds menyediakan juadah makanan nasi arab dan seterusnya menuju ke masjid Nabawi yang dikenali sebagai masjid Nabi. Walaupun cuaca agak luar biasa dari tanah air Malaysia, perasaan tersebut seakan-akan hilang ditutupi tujuan kami dan niat untuk melawat makam Rasulullah seterusnya beribadah di masjid yang agung itu. Kepanasan yang kami rasakan dapat dihilangan dengan menikmati air zam-zam yang disediakan di setiap penjuru masjid tersebut. Dalam beberapa hari kami di Madinah, kami sempat menziarahi Masjid Qubah, Ladang Kurma, Jabal Uhud dan beberapa tempat menarik yang penuh sejarahnya yang tersendiri.

Setelah beberapa hari di Madinah, tiba masanya kami akan meninggalkan Kota Madinah dan akan bergerak ke Kota Makkah. Pada musim panas waktu siang lebih lama berbanding waktu malam. Manakala di musim sejuk, waktu malam pula yang lebih panjang berbanding waktu siangnya. Waktu Subuh di Makkah ialah sekitar jam 4.15 pagi dan waktu Maghrib (berbuka puasa) pula pada jam 7.10 malam. Dan Solat Isyak di Masjidil Haram bermula pada jam 9 malam, manakala selepas itu dilangsungkan Solat Terawikh yang biasanya selesai pada jam 11 malam atau lebih. Cuaca di Madinah tidak berapa panas dan suasana agak lebih tenang dan teratur berbanding di Kota Makkah yang sentiasa sibuk. Untuk umrah pertama kami bermiqat di Bir Ali untuk niat ihram dan solat sunat ihram disana.

Setibanya dimasjidil haram, hati terasa sebak, mata mula berkaca, tidak lupa juga rakan-rakan hingga tidak dapat menahan sebak betapa bersyukurnya kami terpilih untuk menjejaki masjidil haram. Selepas menunaikan umrah pertama kami. Bersyukur dapat mengerjakan ibadah umrah dengan sempurna dalam bulan yang penuh baraqah, kami berkesempatan menunaikan solat tarawikh serta solat-solat sunat yang lain.

Di bulan Ramadhan ini jelas kelihatan sifat dermawan para jemaah. Masing-masing berlumba-lumba untuk dapatkan ganjaran pahala beramal di bulan Ramadhan. Semasa menuju ke Masjid, ramai yang memberikan makanan kepada jemaah berupa kurma dan minuman. Kenangan menunaikan Ibadah Puasa dan Umrah di bulan Ramadhan di Tanah Suci Makkah dan Madinah memang amat mengujakan.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.9630002.8000002.784000
BRUNEI DOLLARBND3.4060003.2080003.197000
CANADIAN DOLLARCAD3.1950003.0800003.063000
SWISS FRANCCHF5.1360004.9120004.894000
EURO EUR4.8600004.5890004.567000
STERLING POUNDGBP5.7840005.5270005.518000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.7430002.5460002.531000
SINGAPORE DOLLARSGD3.4060003.2080003.207000
UNITED STATES DOLLARUSD4.4740004.2320004.215000

2024-10-25 08:29:27