Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Workplace

Kursus Pengurusan Jenazah

Pada 20 Julai 2018, bertempat di Menara Bumiputra, Bank Muamalat Malaysia telah menganjurkan kursus pengurusan Jenazah bagi kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad. Pengurusan Jenazah adalah Fardhu Kifayah dan wajib dipelajari dan diketahui oleh semua orang Islam. Perkara ini tidak hanya perlu diketahui oleh imam, bilal atau pegawai agama sahaja tetapi ianya adalah ilmu yang wajib dituntut oleh orang-orang yang beriman. Dengan kesedaran inilah, Jabatan Dakwah Wakaf & Zakat BMMB, mengambil inisiatif mengadakan kursus ini bagi menerapkan semangat menyebarkan ilmu untuk mempelajari dan menginsafi perihal berkaitan pengurusan jenazah dan kematian. Ia telah diadakan pada 20 Julai 2018 bertempat di tingkat 6 Menara Bumiputera BMMB.

Kehadiran terdiri daripada kakitangan HQ bank Muamalat Malaysia Berhad seramai 70 orang di kalangan lelaki dan wanita. Ia mengandungi dua sesi yaitu teori dan praktikal yang bermula pada pukul 9.00 am dan berakhir pada pukul 01.00 pm. Peserta didedahkan dengan Ilmu kaedah menghadapi musibah, Sunnah ketika sakit dan SakaratulMaut, adab-adab ketika menziarahi pesakit, memandikan jenazah, menkafani jenazah, solat jenazah dan teori pemakaman jenazah.

Setiap manusia perlu bersedia menghadapi kematian dengan ibadah dan ilmu, sebagai seorang anak,bapa atau individu muslim, kita perlu mempelajari pengurusan jenazah ini sebagai khidmat kita yang terakhir buat orang tersayang yang telah meninggal dunia, mempelajari tatacara pengurusan Jenazah berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah Nabi SAW menjadikan kita umat yang dicintai Allah SWT dan mendapat syafaat Nabi SAW.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.8080002.6550002.639000
BRUNEI DOLLARBND3.3600003.1660003.155000
CANADIAN DOLLARCAD3.0900002.9800002.963000
SWISS FRANCCHF4.9460004.7330004.715000
EURO EUR4.7240004.4640004.442000
STERLING POUNDGBP5.6070005.3610005.352000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.6030002.4170002.402000
SINGAPORE DOLLARSGD3.3600003.1660003.165000
UNITED STATES DOLLARUSD4.5270004.2850004.268000

2025-01-31 08:46:27