Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Workplace

Kem Motivasi – ‘Kem Anak Soleh’

Buat julung kalinya, Bank Muamalat Malaysia Berhad telah mengadakan satu Kem Motivasi – ‘Kem Anak Soleh’ untuk anak-anak warga Bank Muamalat. ‘Kem Anak Soleh’ ini telah berlangsung dari 5 Disember hingga 7 Disember, seramai 130 orang anak-anak warga bank telah mengambil bahagian. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga bank. Peruntukkan yang diberi telah dipenuhi pada hari pertama lagi. Y.Bhg. Dato’ Redza telah meluluskan penambahan satu bas lagi bagi memenuhi permintaan warga bank. Ramai warga bank yang berharap program ini akan menjadi satu program tahunan.

Peserta telah berkumpul di perkarangan letak kereta Bank Muamalat dan mendengar taklimat dari pihak penganjur pada jam 8.00 pagi. 3 buah bas telah bertolak ke Kem Sri Raudhah, Batu 12 Gombak pada jam 8.45 pagi. Anak-anak warga bank telah berlepas dengan perasaan seronok dan tidak sabar untuk pergi ke kem.

Setibanya di kem, peserta telah diberi taklimat dan bilik masing-masing. Sepanjang tiga hari anak-anak warga bank berada di kem, banyak aktiviti telah diaturkan oleh pihak penganjur, antaranya ialah:

  • Masam-masam manis (Sesi Suai Kenal)
  • The amazing super Muslim
  • X-Rex- J Starz – Analisa Diri
  • Menuju Puncak Kejayaan
  • Night Walk – Qiamullail
  • Jungle Tracking – Explorace
  • Sesi Motivasi
  • Kini & Hijrah
  • Para peserta berasa puas hati dengan aktiviti yang disediakan walaupun ada yang mengadu mereka berasa penat kerana aktiviti yang amat padat. Namun demikian, para peserta kebanyakan menyatakan bahawa mereka seronok berada di kem. Selain dapat menimba ilmu, mereka juga banyak dapat kenalan baru sepanjang berada di Kem Sri Raudhah dan saling bertukar nombor telefon.

    Pada hari terakhir, satu majlis penutup telah diadakan dan Kumpulan Rabbani sepatutnya membuat persembahan. Diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Kumpulan Rabbani tidak dapat hadir membuat persembahan. Namun begitu, Ustaz Azadan, juga seorang ahli Kumpulan Rabbani telah memberi ceramah dan mendendangkan beberapa buah lagu.

    Tiga buah bas bertolak dari Kem Sri Raudhah pada pukul 5.30 petang dan tiba di perkarangan letak kereta BMMB pada jam 6.30 petang. Ibubapa peserta sudah sedia menanti kepulangan anak-anak yang dikasihi. Setibanya mereka di BMMB, keadaan riuh seketika kerana kedua-dua anak dan ibubapa berasa gembira ditemukan kembali dan masing-masing ingin bercerita pengalaman masing-masing kepada ibubapa.

    Chat with us on
    WhatsApp
    AUSTRALIAN DOLLARAUD2.8420002.6880002.672000
    BRUNEI DOLLARBND3.3690003.1750003.164000
    CANADIAN DOLLARCAD3.1100003.0000002.983000
    SWISS FRANCCHF4.9550004.7430004.725000
    EURO EUR4.7510004.4890004.467000
    STERLING POUNDGBP5.6150005.3690005.360000
    NEW ZEALAND DOLLARNZD2.6290002.4410002.426000
    SINGAPORE DOLLARSGD3.3690003.1750003.174000
    UNITED STATES DOLLARUSD4.5190004.2780004.261000

    2025-01-27 09:32:11